Ianya disebabkan dengan halangan perjalanan dari UK ke Denmark.
Laporan sebelum ini menyebut larangan itu dilakukan setelah munculnya strain coronavirus baharu di Denmark, dengan mana mana individu yang kembali dari sana harus menjalani kuarantin selama 14 hari.
Pengecualian telah diberikan sebelum ini untuk pasukan Iceland ketika menentang England di Wembley, yang ketika itu baru pulang dari Copenhagen.
Namun pengecualian itu tidak diberikan kepada Liverpool dan disebabkan itu UEFA terpakss mencari venue yang sesuai untuk perlawanan melibatkan kedua dua pasukan itu berlangsung.
Dan Borussia Dortmund telah mengesahkan bahawa Signal Iduna Park telah bersedia untuk mengadakan perlawanan tersebut pada 09 Disember 2020 jam 5.55 petang waktu UK.
Namun keputusan itu akan berubah mengikut keputusan kerajaan jika terdapat perubahan samada larangan perjalanan ke Denmark masih berkuatkuasa atau pengecualian akan diberikan oleh kerajaan.
Dengan perlawanan di gelanggang berkecuali telah disahkan, maka pengecualian perjalanan itu kemungkinan besar tidak akan berlaku.
Perubahan venue itu akan disahkan oleh Liverpool atau UEFA dalam masa terdekat.
Liverpool berharap untuk mara ke pusingan kedua kalah mati UCL telah disahkan ketika itu, dengan keputusan seri atau menang ke atas Ajax akan mengesahkan kelayakan ke peringkat seterusnya.
Ini membolehkan Jurgen Klopp menggilirkan pemainnya dalam perlawanan terakhir menentang Midtyjdland.
ADMIN
Klopp akan kembali ke Dortmund namun bukan menentang Dortmund.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment