Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

Bobby Duncan Bakal Berpindah Kelab Buat Kali Kelima : Derby County Hilang Sabar Terhadap Beliau

Sepupu kepada Steven Gerrard ini telah meninggalkan Liverpool sejak 2 musim lepas. Beliau menyertai Liverpool dari Man City di mana ketika itu memaksa perpindahan itu direalisasikan juga.  Duncan menjaringkan 30 gol dan menyumbangkan 16 assist dalam 43 perlawanan bersama skuad Akademi, dengan beliau sekali lagi memaksa perpindahan keluar itu berlaku dan akhirnya berjaya menyertai Fiorentina.  Usaha beliau untuk meninggalkan Liverpool meninggalkan kecaman daripada legenda kelab dan juga peminat, dengan melihat taktik yang dilakukan oleh ejennya untuk memaksa perpindahan itu direalisasikan. Meskipun beliau telah berpisah dengan Saif Rubie selaku ejen beliau ketika di Fiorentina, niat Duncan seolah olah sama apabila mahukan perpindahan kembali ke bumi Inggeris dengan kali ini beralih arah ke Derby County pada September lepas.  Menurut Simon Hughes dari Tha Athletics, perbincangan beliau bersama kelab Denmark Vejle Boldklub difahamkan gagal mencapai persetujuan meskipun Derby County sanggu

Trent Alexander Arnold Menandatangani Kontrak Lanjutan Jangka Panjang Bersama Liverpool FC

Pemain berusia 22 tahun ini merupakan produk Akademi LFC.  Menurut TAA menerusi Liverpool FC : "Saya amat terharu apabila diberikan peluang dan diberikan tawaran oleh kelab untuk lanjutan kontrak, dan saya tidak berfikir panjang mengenai tawaran itu". "Keadaan kelab di mana saya memulakan karier adalah pilihan terbaik buat saya. Untuk memastikan saya kekal lama di sini ianya sesuatu yang baik. Saya telah melakukan keputusan tepat". "Ianya satu satunya kelab yang saya belajar mengenai segala galanya. Jadi dengan berada di sini dalam jangka masa lama adalah sesuatu yang bagus buat saya dan keluarga". "Saat saat yang membanggakan buat saya - sentiasa - jika dapat melanjutkan kontrak di sini. Diberikan kepercayaan daripada kelab dan staf kejurulatihan adalah sesuatu yang bagus". Setelah melakukan penampilan senior ketika menentang Spurs dalam aksi Piala Liga pada Oktober 2016, beliau terus diberikan kepercayaan dengan melakukan 179 penampilan bersama

Liverpool Sahkan Alisson, Firmino dan Fabinho Akan Kembali Ahad Ini - Namun Hendo Belum Kembali

The Reds memasuki fasa kedua kem latihan mereka minggu ini di Evian, France. Mereka dijangka menerima semula kehadiran ketiga tiga pemain dari Brazil iaitu Fabinho, Alisson dan Roberto Firmino yang kembali dari bercuti Ahad ini.  Ketiga tiga pemain ini telah diberikan cuti setelah mewakili Brazil dalam Copa America, di mana mereka tewas kepada Argentina dalam perlawanan akhir.  Manakala Jurgen Klopp dan para pemainnya telah bergerak ke Evian, France bagi menjalani kem latihan fasa kedua mereka pada musim panas ini.  The Reds telah menghabiskan masa selama 3 minggu di Austria untuk latihan kecergasan, dan kini ke France dengan kesemua mereka dijangka kembali ke Merseyside pada minggu hadapan.  Namun kelab belum memutuskan bilakah kapten pasukan, Jordan Henderson akan kembali menjalani latihan bersama skuad setelah bercuti selepas kejohanan Euro 2020.  Sebelum ini Hendo telah terlibat dalam skuad kebangsaan England dengan tewas kepada Itali pada perlawanan akhir.  ADMIN Ini perkembangan

Hillsborough | Andrew Devine Meninggal Dunia - Mangsa Tragedi Ke 97

Siasatan koroner di Liverpool hari ini mendedahkan bahawa peminat Liverpool itu hampir terkorban namun mengalami kecederaan kekal yang dialaminya 32 tahun lalu. Andrew Devine dari Mossley Hill yang berusia 22 tahun ketika dia menyaksikan Liverpool beraksi menentang Nottingham Forest dalam aksi separuh akhir Piala FA yang dimainkan di Sheffield pada 15 April 1989.  Selepas insiden itu, Andrew merupakan salah seorang mangsa tidak dijamin akan hidup setelah dadanya hancur manakala otaknya mengalami kekurangan oksigen dalam tragedi yang menyaksikan 96 peminat Liverpool meninggal sekaligus merupakan bencana sukan terburuk yang pernah berlaku di Britain.  Setelah Andrew berjaya diselamatkan, ibu bapanya telah dimaklumkan bahawa beliau mungkin akan meninggal dunia dalam masa 6 bulan dan mereka juga dimaklumkan bahawa tidak lagi pesakit yang mengalami kecederaan parah seperti itu yang akan bertahan melebihi 8 tahun. Walaupun kehidupan beliau selepas itu dihabiskan di atas kerusi roda, dengan s

Yaser Larouchi Melengkapkan Perpindahan Ke Troyes Secara Percuma

The Reds bakal mendapat pampasan kecil dengan beliau kembali ke Ligue 1 selepas 4 musim.  Sebelum ini Larouchi telah menolak kontrak lanjutan di Liverpool, meskipun mempamerkan prestasi baik dan mempunyai masa depan di bawah Jurgen Klopp.  Beliau berjaya berada di dalam skuad utama dengan pemain ini dijangka menjadi back up buat Andy Robertson, sekaligus melakukan 2 penampilan senior dalam aksi Piala FA.  Namun beliau berhasrat untuk berhijrah ke kelab lain, dengan Liverpool berjaya mendapatkan Kostas Tsimikas sekaligus masa depan beliau tidak lagi cerah ketika berada di Anfield selepas itu. Tiada tawaran dari kelab lain dan perbincangan kontrak yang tertangguh, Larouchi hanya melakukan 2 penampilan di dalam skuad bawah 23 tahun Liverpool pada musim lepas. Pemergian Larouchi telah diumumkan oleh kelab sejak musim panas ini, dengan pemain itu kini menyertai Troyes secara percuma. Menandatangani kontrak 5 tahun bersama kelab tersebut, Larouchi kini fokus untuk melakukan penampilan dalam

Virgil Van Dijk Dijangka Kembali Bermain Dalam Perlawanan Menentang Hertha Berlin

Beliau tidak bermain sejak Oktober tahun lepas akibat kecederaan lutut dan telah menjalani pembedahan. Jurgen Klopp juga mendedahkan Joe Gomez turut  semakin hampir untuk kembali bermain secara kompetitif setelah menunjukkan reaksi positif dalam pemulihan kecederaan ketika kem latihan pramusim kelab di Austria. Menurut Klopp menerusi Liverpool FC : "Saya berharap namun tidak pasti, Virgil Van Dijk boleh bermain dalam beberapa minit nanti". "Beliau nampak bagus ketika menjalani latihan dan mungkin kami boleh menurunkan beliau,  namun kami harus berbincang terlebih dahulu. Beliau nampak bersedia dan kita akan lihat selepas ini".  "Jika anda lihat perlawanan sebagai salah satu latihan pemulihan, semuanya masuk akal". "Joe semakin hampir untuk pulih. Mereka tidak berlumba untuk pulih kerana kedua dua pemain menghadapi kecederaan yang berbeza". "Jika Virgil boleh bermain dalam 20 minit, maka Joe boleh bermain dalam perlawanan seterusnya. Mereka t

Liverpool Akan Menentang Bologna Buat Pertama Kali Dalam Perlawanan Persahabatan Pramusim

Perlawanan ujian ini diadakan sebelum mereka kembali ke Merseyside selepas kem latihan di Austria. The Reds kini mengharungi separuh perjalanan kem latihan pramusim mereka di Austria, dengan telah memberikan minit perlawanan buat pemain pemain di kem dengan tiga perlawanan persahabatan. FC Wanker Innsbruck dan Stuttgart menjadi lawan Liverpool dalam siri mini games sebelum ini dengan diikuti FC Mainz, disusuli dengan perlawanan menentang Hertha Berlin, Osasuna dan Athletic Bilbao dalam masa terdekat. Namun begitu Liverpool dijangka akan ke Evian, France untuk menentang Bologna pada 05 Ogos.  Perlawanan itu berlangsung tiga hari sebelum menentang Osasuna di Anfield yang membenarkan kehadiran penonton hingga 75% kapasiti tempat duduk.  Evian sebelum ini menjadi destinasi Klopp sebelum ini bagi menjalani kem latihan dan beliau amat teruja dapat kembali ke sana jika situasi di UK dan France mengizinkan.  Liverpool kini mengisi slot perlawanan persahabatan di mana terdapat 9 hari tanpa seba

Analisa : Tujuh Perpindahan Major Yang Membentuk Pasukan Liverpool Sejak Kali Terakhir Bertemu Hertha Berlin

Empat musim lepas, Liverpool bertemu Hertha Berlin di ibukota Germany dengan kemenangan berpihak kepada The Reds dengan jaringan 3 - 0. Namun sejak pertemuan terakhir itu, kita lihat semula pasukan Liverpool yang telah ditransformasikan sejak itu hinggalah menjadi antara sebuah pasukan elit di Eropah ketika ini.  Ketika perlawanan tersebut, Mo Salah telah dibawa masuk dari Roma dengan nilai £36.9 juta sejak 5 minggu sebelumnya. Salah dibawa masuk pada separuh masa kedua dan menjaringkan gol selepas itu.  Ketika itu beliau menerima hantaran daripada Phil Coutinho, dengan ianya satu petanda bahawa Mo Salah bakal mencipta sesuatu buat kelab.  Namun gandingan mereka tidak lama dengan Coutinho berpindah ke Barcelona selepas itu. Selepas perlawanan pramusim itu, Klopp membina pasukan yang amat digeruni dengan sentiasa menekan lawan serta serangan pantas yang sering membuatkan lawan terkulai. Serangan demi serangan dengan jaringan pantas akhirnya perlawanan sering berakhir awal dengan kemenan

Xherdan Shaqiri Mengesahkan Beliau Mahu Meninggalkan Liverpool Musim Panas Ini

Beliau antara pemain yang bakal meninggalkan kelab pada musim ini dengan jangkaan tawaran untuk pemain ini akan dilakukan dalam masa terdekat. Shaq difahamkan mahu mencari cabaran lalu di kelab lain dengan beliau hanya melakukan 22 penampilan musim lepas dengan 819 minit perlawanan - dan hanya melakukan 11 penampilan pada 2019 2020.  Keseluruhan beliau hanya bermain sebanyak 63 perlawanan dalam masa 3 musim - dengan kecederaan memberikan faktor terhadap jumlah penampilan beliau.  Minat daripada Lazio, menyebabkan Shaqiri merasa 'dihargai' ketika membincangkan masa depan beliau bersama Corriere Dello Sport dengan mendedahkan Liverpool telah menerima hasrat beliau untuk berpindah. "Perkara paling penting dalam karier saya adalah bermain sekerap yang mungkin, namun ianya sukar direalisasikan sejak tiga musim lepas". "Ini telah saya nyatakan kepada Liverpool di mana saya harus mencari cabaran baru. Mereka menerima kemahuan saya dan akan mempertimbangkan tawaran yang

Fabinho Dedahkan Pemain Kesayangan Jurgen Klopp Di Liverpool

Beliau dedahkan Virgil Van Dijk merupakan pemain kesayangan pengurus Liverpool tersebut, di mana merupakan sebahagian dari kejayaan The Reds sejak beberapa tahun lepas. Pemain antarabangsa Netherland ini antara watak yang berjaya membawa trofi kejuaraan UCL, Super Cup, Club World Cup dan EPL ketika ini.  Ketiadaan beliau setelah mengalami kecederaan lutut musim lepas amat dirasai oleh Liverpool. Jurgen Klopp mahu melihat pemain itu untuk turun beraksi pada ketika ini namun mengambil pendekatan berhati hati dalam menguruskan kecergasan beliau supaya tidak berlaku kecederaan semula.  Ketika sesi soal jawab menerusi laman IG, Fabinho telah ditanya siapakah pemain kegemaran Klopp, dan beliau menyatakan satu kapsyen ringkas "VVD". Selain daripada dakwaan Fabinho terhadap VVD yang menjadi pemain kesayangan Klopp, Fabinho juga melontarkan pujian terhadap rakan sepasukan Kostas Tsimikas, dengan mendedahkan pemain itu "amat bagus".  Meskipun Tsimikas hanya bermain 2 perlawan

Gini Wijnaldum | Kecaman Penyokong Di Socmed Membuatkan Saya Meninggalkan Liverpool

Pemain ini mendedahkan alasan utama beliau meninggalkan kelab pada musim panas ini.  Dan beliau mengakui bahawa beliau menerima kecaman dari peminat Liverpool di saat kontrak beliau di Anfield hampir berakhir.  Beliau menyertai PSG pada bulan ini secara percuma di mana beliau dan Liverpool gagal mempersetujui kontrak lanjutan di kelab.  Kini beliau mendedahkan bahawa punca beliau meninggalkan kelab adalah disebabkan kecaman dari peminat Liverpool itu sendiri. Di samping itu, beliau juga mendakwa "dikambinghitamkan" oleh peminat Liverpool jika pasukan menerima kekalahan meskipun beraksi dalam kesemua 38 perlawanan bersama kelab musim lepas.  Menurut Gini menerusi The Guardian : "Antara faktor saya meninggalkan Liverpool juga adalah media sosial. Bila kami tewas, peminat akan menyalahkan saya". "Setiap kali kami menjalani latihan dan bermain saya akan memberikan segala galanya dengan sedaya upaya saya kerana Liverpool adalah segala galanya buat saya dan layanan p

Jurgen Klopp | Saya Enggan Merisikokan Virgil Van Dijk Dan Joe Gomez

Pengurus Liverpool itu memaklumkan kedua dua pemain pertahanan itu tidak akan diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Hertha Berlin. Kedua dua pemain ini terlibat dalam kem latihan di Austria, dengan menjalani latihan bersama pasukan setelah tersisih lama akibat kecederaan jangka panjang.  Namun pemain tersebut belum lagi diberikan peluang untuk bermain dalam tiga perlawanan persahabatan sebelumnya menentang Innsbruck, Stuttgart dan Mainz sambil menyaksikan pemain lain seperti Joel Matip, Ibrahima Konate, Ben Davies, Nat Phillips, Rhys William dan Billy Koumetio diberikan peluang untuk bermain.  Menurut Klopp menerusi Liverpool FC setelah kemenangan ke atas Mainz :  " Ya saya akan terkejut jika mereka diturunkan" "Mereka nampak baik, mereka melakukan segala galanya. Mereka bermain, menjalani latihan dan kami lakukan segalanya yang termampu. Mereka tidak melakukan banyak latihan berat setakat ini". "Kami harus bersabar. Kami harus mempersiapkan mereka

Owen Beck | Saya Amat Gembira Dapat Menyumbangkan Satu Assist

Hantaran lintang beliau menyebabkan pemain Mainz 05 tertolak bola ke gawang sendiri sekaligus memberikan kemenangan 1 - 0 kepada Liverpool. Pemain pertahanan kiri muda itu merupakan sebahagian pemain yang diturunkan ketika separuh masa kedua menentang Mainz.  Luca Kilian menjaringkan gol sendiri apabila tertolak masuk hantaran lintang Owen Beck di minit ke 86, sekaligus memberikan kemenangan untuk skuad Jurgen Klopp ketika itu.  Owen Beck menerusi Liverpool FC : "Saya melihat bola ketika itu berada di tidak jauh dari garisan dan fikiran saya hanyalah untuk melakukan hantaran lintang. Saya amat gembira untuk pasukan yang mencatatkan kemenangan - sekaligus gembira dapat menyumbangkan satu assist". Ketika perlawanan persahabatan itu berlangsung, beberapa ribu penonton dibenarkan masuk dengan Klopp menggunakan pendekatan dua pasukan berbeza dalam setiap separuh masa perlawanan.  Tambah Beck : "Tiada ramai penonton hadir sejak kebelakangan ini berikutan Covid 19. Jadi kali in

Harry Wilson Tidak Tersenarai Dalam Skuad Menentang Mainz 05 - Semakin Hampir Ke Fulham

Pemain ini bakal menyertai Fulham dengan nilai £10 juta.  Harry Wilson menyertai skuad Liverpool di kem latihan di Austria selepas bercuti tiga minggu berikutan kejohanan Euro, namun tidak disenaraikan dalam skuad Liverpool menentang Mainz awal pagi tadi.  Pemain ini tidak diperlukan di kelab dan kini beliau masih berunding dengan Fulham untuk perpindahan tetap ke London, dengan Brentford dan Benfica turut memantau situasi beliau.  Dan kini Liverpool dan Fulham hampir memeterai perjanjian bernilai £10 juta untuk bekas pemain di akademi itu.  Sebelum ini dikhabarkan nilai Harry Wilson dijangka meningkat selepas beliau dipinjamkan semusim ke Cardiff, dengan tawaran Burnley sebanyak £12 juta ditolak ketika itu.  Namun begitu penjualan Harry Wilson dengan nilai £10 juta bakal memberikan Liverpool dana tambahan selepas berjaya menjual Taiwo Awoniyi dan Marko Grujic yang menilai lebih £10 juta pada awal minggu ini.  Liverpool akan melaburkan dana itu untuk mendapatkan pemain baru terutama di

Mengapa Yaya Toure Hadir Ke Sesi Latihan Liverpool

Beliau merupakan bekas pemain Barcelona dan Man City, dan kini bertindak selaku jurulatih Akhmat Grozny.  Yaya Toure ketika itu telah dijemput oleh Sadio Mane untuk menyaksikan sendiri sesi latihan Liverpool di Saalfanden.  Menurut Mane menerusi Liverpool FC : "Saya berkata, Yaya adakah ianya idea yang bagus jika anda sendiri menyaksikan sesi latihan kami di sini?" "Dan Yaya membalas beliau akan ke sini dan mohon bos saya memberikan kebenaran". "Beliau adalah kawan baik saya dan saya telah mengenali beliau sejak 2004. Kami sentiasa berhubung sesama sendiri dan beliau bertanya kepada saya adakah Jurgen Klopp memberikan lampi hijau untuk menyaksikan sesi latihan Liverpool ketika itu". "Bos amat berbesar hati dan gembira melihat Yaya hadir dan mendapat pembelajaran baru di sini". "Yaya mahu menjadi pengurus pasukan satu hari nanti dan semua pemain teruja melihat kehadiran beliau. Kami berbual bual bersama beliau dan bercerita mengenai Man City

Andy Robertson | Seorang Pemain Yang "Tiada Kelab Mahukan Beliau" Satu Ketika Dahulu

Pada hari ini ketika 2017, Andy Robertson menyertai Liverpool dari Hull City. Namun Jurgen Klopp berasa amat gembira membawa masuk pemain yang dahulunya tiada mana mana kelab yang mahukan khidmat beliau.  Antara kenyataan Jurgen Klopp pada ketika itu menerusi Bein Sport adalah : " Beliau melakukan serangan dengan baik namun tiada siapa mahukan beliau kerana corak bertahan beliau agak lemah". Ianya satu pandangan yang dikongsi bersama dengan staf rekrutmen, yang ketika itu menitikberatkan pembelian pertahanan kiri pada 2017.  Ketika itu mereka juga ada mengemukakan tawaran terhadap wakil Ryan Sessegnon, sebelum menarik diri apabila pemain itu lebih berminat menyertai Spurs.  Faouzi Ghoulam, Jetro Williem dan Benjamin Mendy juga antara nama yang dipertimbangkan sebelum ini meskipun pemain bernilai £50 juta di Man City itu bukanlah sasaran realistik kelab.  Tidak menghairankan apabila Andy Robertson tiba di Liverpool, beliau disambut dengan bunyi bunyi skeptikal di mana ketika i

Jarrod Bowens Disenarai Pendek Sebagai Pemain Sasaran Liverpool

Kelab berhasrat untuk memperkuatkan barisan serangan mereka musim ini. Jamea Pearce dari The Athletics mendedahkan bahawa pemain berusia 24 tahun ini merupakan salah satu calon sasaran mereka di bahagian serangan. Namun begitu penambahbaikan posisi ini amatlah bergantung pada pintu perpindahan kali ini samada Origi dan Shaq akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.  Kelab kini mendengar tawaran untuk mereka berdua dan Lazio dilaporkan berminat untuk Shaq. Karakter Bowen amat bertepatan dengan profil pemain yang dimahukan Liverpool dari segi umur, corak permainan dan versatil. Beliau dilihat sebagai calon yang memiliki potensi besar sebagai back up player dan pada masa yang sama memberikan persaingan untuk pemain sedia ada.  Jurgen Klopp mengagumi beliau dan kelab akan terus memantau perkembangan beliau jika tidak berhasrat untuk mendapatkan beliau musim ini. Bowens memulakan karier di Hereford United, menyertai West Ham United dari Hull City pada 2020 dengan nilai £18 juta dan berp

Ibrahima Konate Menjelaskan Mengapa Beliau "Kecewa" Dalam Aksi Pertama Bersama Liverpool FC

Beliau terlibat dalam perlawanan persahabatan menentang Stuttgart semalam.  Namun beliau mendedahkan bahawa ianya sesuatu momen yang tidak akan dilupakan beliau ketika melakukan debut pertama bersama kelab barunya.  Peminat Liverpool berkesempatan menyaksikan aksi beliau selama 30 minit ketika perlawanan mini games dengan Liverpool menentang Innsbruck dan Stuttgart.  Menurut Konate menerusi LFC TV : " Saya amat gembira, ianya saat yang sukar untuk saya lupakan".  "Sudah pasti kami bermain tanpa peminat namun saya amat gembira dan sedikit kecewa - kerana tidak berjaya memenangi perlawanan ini". "Namun saya okay dan gembira". Perlawanan menentang Stuttgart adalah medan terbaik buat beliau untuk membina persefahaman sesama rakan sepasukan baru beliau. Konate menambah : "Saya amat gembira dengan pasukan ini di padang dan sentiasa berkomunikasi dengan baik bersama pasukan". "Perlahan lahan ianya akan menjadi lebih baik, ini adalah perlawanan pert

Persahabatan Pramusim | Liverpool FC Catat Keputusan Seri Dalam "Mini Games" Menentang Innsbruck dan Stuttgart

Kedua dua perlawanan berakhir dengan keputusan 1 - 1. Dalam perlawanan 30 minit sebelah itu, Liverpool menggunakan 2 set pemain yang berbeza setiap perlawanan termasuk penampilan pertama dari Ibrahima Konate.  Perlawanan 30 minit pertama menyaksikan Divock Origi menjaringkan gol awal menerusi sepakan penalti, sebelum Ronivaldo menjaringkan gol penyamaan Innsbruck menerusi tandukan ke gol.  Dalam perlawanan kedua, skuad kendalian Jurgen Klopp ketinggalan dengan Phillip Forster menjaringkan gol awal buat Stuttgart.  Sadio Mane akhirnya menjaringkan gol penyamaan apabila menolak masuk hantaran lintang Tsimikas setelah menerima umpanan James Milner.  ADMIN Permulaan yang baik untuk pramusim. YNWA. Sumber : Liverpool FC

Brighton Berminat Dapatkan Khidmat Nat Phillips Sebagai Pengganti Ben White

Difahamkan Ben White kini hampir ke Arsenal dengan nilai £50 juta. Meskipun Klopp mahu Nat Phillips kekal di Liverpool musim ini, pemain itu juga dijangka mahu berpindah untuk mendapatkan lebih minit permainan di kelab lain.  Beliau kini berada di belakang Virgil Van Dijk, Joel Matip, Joe Gomez dan Ibrahima Konate di posisi CB utama selain mendapat persaingan dari Ben Davies, Rhys William dan Billy Koumetio.  Phillips telah membuktikan diri beliau bersama Liverpool musim lepas dengan melakukan 20 penampilan dengan ianya sesuatu yang tidak mengejut jika persembahan beliau itu menarik minat beberapa kelab tempatan.  Newcastle, Southampton, Burnley dan Brighton telah dikaitkan dengan Nat Phillips dan pemain itu dianggarkan bernilai £15 juta.  Menurut koresponden Brighton Andy Naylor, kelab selatan England ini kini memantau rapat akan perkembangan Nat Phillips dengan dianggap pilihan terbaik untuk memenuhi kuota pemain pertahanan tengah mereka dengan Ben White kini semakin hampir ke Arsena

Marko Grujic Dan Taiwo Awoniyi Tinggalkan Kem Latihan - Melengkapkan Perpindahan Ke Kelab Lain

Liverpool dijangka meraih dana £11.5 juta hasil penjualan dua pemain ini. Dan kelab telah membenarkan kedua dua pemain ini meninggalkan kem latihan di Austria bagi melengkapkan perpindahan mereka. Grujic dan Awoniyi adalah antara pemain yang menyertai kem latihan pramusim di Austria, dan dijangka akan diturunkan ketika menentang Innsbruck dan Stuttgart pada hari ini.  Menurut Neil Jones dari Goal, mereka kini telah meninggalkan kem latihan di Saalfaden dengan menaiki jet peribadi setelah persetujuan dicapai dengan kelab yang menyaksikan mereka kembali ke sana selepas dipinjamkan selama semusim pada 2020 / 2021.  Union Berlin bersetuju membayar sejumlah £6.5 juta untuk Awoniyi dan kini hanya menunggu untuk pemeriksaan kesihatan dan Liverpool dan Porto bersetuju untuk £10.5 juta buat Marko Grujic. Kedua dua pemain tidak berada dalam pelan Klopp musim ini dan kelab mahu melepaskan mereka, termasuk beberapa pemain seperti Harry Wilson, Loris Karius dan Sheyi Ojo untuk meraih menjana lebih

Stewart Downing Kepada Hendo : "Buktikan Mereka Silap!"

Ianya kata kata nasihat buat kapten Liverpool itu setelah beliau berkeras enggan dijual ke Fulham pada 2012. Downing mendedahkan perbualan bersama Jordan Henderson yang seterusnya meyakinkan beliau untuk kekal dan merebut tempat dalam kesebelasan utama di Liverpool. Kapten Liverpool itu hampir dijual oleh Brendan Rodgers ketika musim 2012 2013 dengan beliau memulakan karier yang agak sukar ketika berhijrah dari Sunderland.  Perpindahan ke Fulham hampir direalisasikan pada 2012, dengan pemain bintang mereka Clint Dempsey hampir menyertai Liverpool namun Hendo enggan berpindah untuk membuktikan sesuatu di Anfield.  Dan Downing yang pernah bermain bersama Hendo ketika di awal kariernya di Anfield mendedahkan bahawa mereka ada melakukan perbincangan dan bertukar tukar pendapat mengenai proposal untuk menjual beliau ke kelab London tersebut.  Downing menerusi The Athletics : "Pintu perpindahan akan ditutup beberapa hari lagi dan terdapat khabar angin bahawa Jordan akan ke kelab tersebu

Takumi Minamino Diberikan Peluang Ketika Pramusim - Meskipun Terbuka Dengan Tawaran Kelab Lain

Dan Liverpool tidak lagi berhasrat meminjamkan pemain ini keluar buat masa sekarang. The Reds kini berada di Salzburg untuk menjalani latihan pramusim, dan Minamino merupakan salah seorang dari 34 pemain yang menjalani latihan dan ujian di kem latihan ini.  Daripada 34 pemain, sekurang kurangnya 10 pemain kini berhadapan masa depan yang tidak pasti di kelab dengan Liverpool juga kini sibuk menjalani urusniaga di balik tabir untuk mengecilkan skuad sedia ada.  Minamino antara 10 pemain tersebut, dengan menghabiskan setengah musim dipinjamkan ke Southampton dengan Klopp mengakui sukar memberikan beliau minit permainan yang lebih ketika di Liverpool.  Pemain berusia 26 tahun tersebut juga sukar menempatkan diri dalam kesebelasan utama Southampton, namun Ralph Hasenhutll masih berharap dapat memiliki beliau secara pinjaman semusim lagi.  Menurut Neil Jones daripada Goal, situasi sekarang yang menyebabkan perpindahan tetap Minamino adalah sangat minimal. Berbanding Divock Origi yang kini di

Liverpool Tetapkan Harga £10 Juta Untuk Harry Wilson - Kelab Bersedia Lepaskan Beberapa Pemain

The Reds mahu mengecilkan saiz skuad ketika ini sambil berharap untuk meraih dana hasil penjualan pemain yang tidak diperlukan. Musim lepas penjualan Rhian Brewster, Dejan Lovren dan Ki Jana Hoever telah membantu menjana kewangan sebanyak £50 juta, sekaligus membantu Liverpool untuk meraih dana tambahan bagi membawa masuk Diogo Jota dan Thiago Alcantara.  Harry Wilson kini berada dalam senarai pemain untuk dilepaskan dengan The Reds mahukan nilai £10 juta untuk beliau, dengan pemain itu masih berbaki kontrak dua tahun bersama kelab.  Perpindahan bernilai £11 juta ke Burnley musim lepas untuk beliau tidak menjadi kenyataan, dan Liverpool menerima tawaran pinjaman semusim untuk pemain itu ke Cardiff.  Liverpool kini berhasrat melepaskan Harry Wilson secara tetap dengan sebelum ini menghabiskan 3 tahun setengah dipinjamkan ke kelab lain, di mana kelab bersedia untuk mendengar tawaran pemain ini berikutan pasaran perpindahan yang telah berubah ketika ini.  Benfica sebelum ini telah mengemu

Mateusz Musialowski Menandatangani Kontrak Profesional Pertama Bersama Liverpool

Pemain muda yang diberi gelaran 'Polish Messi' ini kini bersama skuad senior di kem latihan di Austria.  Musialowski kini berada di Liverpool untuk musim kedua, dengan memberikan impak bersama skuad Bawah 18 Tahun kelab setelah berhijrah dari SMS Lodz musim panas lepas. Dari 26 penampilan bersama skuad Bawah 18 Tahun Liverpool, Musialowski telah menjaringkan 12 gol dan menyumbang 5 assist sekaligus mendapat gelaran tersebut di negara beliau.  Di atas persembahan beliau yang menarik perhatian musim lepas, beliau disenaraikan dalam skuad senior Liverpool di mana beliau kini bekerjasama dengan pemain serangan senior  seperti Mo Salah dan Sadio Mane buat masa sekarang.  Namun sebelum bertolak ke Salzburg, beliau bersama beberapa pemain muda lain menandatangani kontrak profesional bersama kelab dengan berkemungkinan diserap bersama skuad Bawah 23 Tahun menjelang musim 2021 - 2022.  Kontrak baru itu diberikan serentak kepada beberapa pemain muda lain seperti Harvey Davies, Luke Chamb

Perlawanan Ulangan Piala FA Diwujudkan Kembali Musim Ini - Termasuk Aksi 2 Kali Semifinal Carabao Cup

Sebelum ini perlawanan ulangan itu dimansuhkan berikutan jadual padat musim 2020 2021. Sekaligus ianya menggambarkan peralihan semula kepada tradisi kejohanan domestik apabila aksi separuh akhir Carabao Cup turut dimainkan 2 kali.  Perlawanan ulangan Piala FA ini memberikan ganjaran buat pasukan liga bawahan dan kelab amatur untuk meraih lebih banyak dana - telah dimansuhkan musim lepas berikutan jadual padat pertandingan berikutan penularan pandemik Covid 19 pada musim 2019 2020.  Selain itu, FA telah mengumumkan bahawa Pusingan Keempat Piala FA akan dimainkan pada 04 - 07 Februari 2022 berikutan perlawanan antarabangsa akan dimainkan pada 24 Januari - 01 Februari 2022. Pasukan kebangsaan Eropah dijangka tidak terlibat dalam aksi antarabangsa tersebut namun difahamkan waktu itu digunakan oleh Premier League sebagai winter break bagi kempen musim 2021 - 2022.  Ini bermakna tiada lagi situasi ulangan pada musim 2019 2020 apabila Liverpool terpaksa menghantar pasukan bawah 23 Tahun bagi

Ejen Pemain Bolasepak : Peranan Mereka Di Balik Tabir Mencorakkan Bolasepak Dunia

Di sebalik kerjaya hebat pemain, sudah pasti ada ejen yang memainkan peranan di sebaliknya. Daripada Cristiano Ronaldo, kepada Lionel Messi hinggalah ke Mo Salah ejen merupakan individu yang memainkan peranan penting di belakang tabir untuk memastikan klien mereka mendapat yang terbaik. Beberapa filem Hollywood juga memaparkan peranan ejen dalam mendapatkan pekerjaan seperti Jerry Maguire lakonan Tom Cruise ( takda kaitan dengan Harry Maguire ) dan juga Baller di HBO, telah memberikan gambaran bagaimana bekerja sebagai ejen pemain, meskipun tidak menggambarkan secara realiti bagaimana bekerjasama dengan nama nama besar dalam sukan. Tidak dinafikan ianya sesuatu yang amat lumayan jika terlibat secara langsung, namun ianya juga merugikan jika gagal diuruskan dengan baik.  Jadi untuk terlibat dalam urusniaga ini, seseorang ejen pemain harus memiliki skil tertentu untuk kekal berdaya saing untuk mencatatkan kejayaan. Jika anda berminat menjadi seorang ejen pemain, Goal telah memberi gambar