Pemain ini mendedahkan alasan utama beliau meninggalkan kelab pada musim panas ini.
Dan beliau mengakui bahawa beliau menerima kecaman dari peminat Liverpool di saat kontrak beliau di Anfield hampir berakhir.
Beliau menyertai PSG pada bulan ini secara percuma di mana beliau dan Liverpool gagal mempersetujui kontrak lanjutan di kelab.
Kini beliau mendedahkan bahawa punca beliau meninggalkan kelab adalah disebabkan kecaman dari peminat Liverpool itu sendiri.
Di samping itu, beliau juga mendakwa "dikambinghitamkan" oleh peminat Liverpool jika pasukan menerima kekalahan meskipun beraksi dalam kesemua 38 perlawanan bersama kelab musim lepas.
Menurut Gini menerusi The Guardian :
"Antara faktor saya meninggalkan Liverpool juga adalah media sosial. Bila kami tewas, peminat akan menyalahkan saya".
"Setiap kali kami menjalani latihan dan bermain saya akan memberikan segala galanya dengan sedaya upaya saya kerana Liverpool adalah segala galanya buat saya dan layanan peminat di stadium terhadap saya".
"Perasaan saya terhadap peminat di stadium dan di media sosial adalah berbeza. Peminat di stadium sentiasa menyokong saya. Setelah mereka kembali di stadium pasca lockdown, mengetahui saya akan meninggalkan kelab mereka sentiasa menyokong saya dan mengucapkan selamat tinggal".
"Berbanding di media sosial, jika kami tewas saya yang akan dipersalahkan. Hingga saya berkata pada diri sendiri, betapa bagusnya bila mereka sendiri melihat saya cuba mengekalkan kecergasan dan cuba bermain dengan baik dalam setiap perlawanan".
"Saya tidak sentiasa bermain dengan baik dalam setiap perlawanan. Namun selepas perlawanan saya akan melihat kembali di cermin dan berkata saya sudah melakukan yang terbaik dan berlatih dengan keras untuk memperbaiki prestasi".
"Bersama fisio sekalipun, saya cuba mendapatkan rawatan dan pemulihan yang terbaik".
"Saya tidak ingat bila saya mengambil cuti rehat kerana saya bermain terlalu banyak perlawanan, sebenarnya ia terlalu berlebihan tetapi saya lakukan segalanya untuk kekal cergas".
ADMIN
Better upah personal PA untuk uruskan media sosial ni. Boleh terjejas mental bila baca komen kekadang.
Jadikan sebagai pembakar semangat. YNWA.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment