Liverpool dijangka meraih dana £11.5 juta hasil penjualan dua pemain ini.
Dan kelab telah membenarkan kedua dua pemain ini meninggalkan kem latihan di Austria bagi melengkapkan perpindahan mereka.
Grujic dan Awoniyi adalah antara pemain yang menyertai kem latihan pramusim di Austria, dan dijangka akan diturunkan ketika menentang Innsbruck dan Stuttgart pada hari ini.
Menurut Neil Jones dari Goal, mereka kini telah meninggalkan kem latihan di Saalfaden dengan menaiki jet peribadi setelah persetujuan dicapai dengan kelab yang menyaksikan mereka kembali ke sana selepas dipinjamkan selama semusim pada 2020 / 2021.
Union Berlin bersetuju membayar sejumlah £6.5 juta untuk Awoniyi dan kini hanya menunggu untuk pemeriksaan kesihatan dan Liverpool dan Porto bersetuju untuk £10.5 juta buat Marko Grujic.
Kedua dua pemain tidak berada dalam pelan Klopp musim ini dan kelab mahu melepaskan mereka, termasuk beberapa pemain seperti Harry Wilson, Loris Karius dan Sheyi Ojo untuk meraih menjana lebih banyak wang dari hasil penjualan.
Perpindahan Awoniyi memberikan pulangan yang amat besar buat kelab setelah beliau tiba dari Imperial Soccer Academy pada 2015 dengan nilai £400,000.
Awoniyi tidak pernah melakukan penampilan buat Liverpool selama 6 tahun beliau di sini dengan musim panas ini adalah latihan pertama beliau bersama skuad senior.
Sebelum ini Liverpool pernah meraih dana sebanyak £6.1 juta hasil pinjaman pemain ini di Mouscron, Mainz dan Union Berlin.
Manakala Liverpool meraih keuntungan sebanyak £5.4 juta hasil perpindahan Grujic setelah beliau menyertai Liverpool pada 2016.
Seperti biasa kelab juga menyelitkan klausa penjualan semula sebanyak 10% untuk kedua dua pemain ini.
ADMIN
Best of luck untuk Marko Grujic dan Taiwo Awoniyi. YNWA.
Sumber : This Is Anfield via Neil Jones
Comments
Post a Comment