Hantaran lintang beliau menyebabkan pemain Mainz 05 tertolak bola ke gawang sendiri sekaligus memberikan kemenangan 1 - 0 kepada Liverpool.
Pemain pertahanan kiri muda itu merupakan sebahagian pemain yang diturunkan ketika separuh masa kedua menentang Mainz.
Luca Kilian menjaringkan gol sendiri apabila tertolak masuk hantaran lintang Owen Beck di minit ke 86, sekaligus memberikan kemenangan untuk skuad Jurgen Klopp ketika itu.
Owen Beck menerusi Liverpool FC :
"Saya melihat bola ketika itu berada di tidak jauh dari garisan dan fikiran saya hanyalah untuk melakukan hantaran lintang. Saya amat gembira untuk pasukan yang mencatatkan kemenangan - sekaligus gembira dapat menyumbangkan satu assist".
Ketika perlawanan persahabatan itu berlangsung, beberapa ribu penonton dibenarkan masuk dengan Klopp menggunakan pendekatan dua pasukan berbeza dalam setiap separuh masa perlawanan.
Tambah Beck :
"Tiada ramai penonton hadir sejak kebelakangan ini berikutan Covid 19. Jadi kali ini amat baik dengan kehadiran penonton dan bersorak kepada kami. Ianya sesuatu yang berharga".
"Kami mempunyai beberapa pemain muda yang diturunkan, dengan Nat Phillips dan Divock antara pemain berpengalaman secara jujurnya".
Beck merupakan antara muka muka pemain Akademi yang dibawa ke dalam kem latihan di Austria dan ianya sudah berlangsung sejak hampir 2 minggu.
Mereka kembali diperkuatkan dengan kehadiran Jota dan Robertson yang telah kembali dari Euro, dan Beck amat teruja untuk bekerja bersama mereka di padang latihan.
"Saya tidak sabar untuk berlatih bersama mereka dan saya berharap dapat menggunakan pengalaman ini untuk menambahbaik prestasi saya".
"Termasuk Kostas, saya banyak belajar dari Kostas".
ADMIN
Untuk pengetahuan Owen Beck adalah cucu saudara kepada Ian Rush.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment