Skip to main content

Xherdan Shaqiri Mengesahkan Beliau Mahu Meninggalkan Liverpool Musim Panas Ini

Beliau antara pemain yang bakal meninggalkan kelab pada musim ini dengan jangkaan tawaran untuk pemain ini akan dilakukan dalam masa terdekat.


Shaq difahamkan mahu mencari cabaran lalu di kelab lain dengan beliau hanya melakukan 22 penampilan musim lepas dengan 819 minit perlawanan - dan hanya melakukan 11 penampilan pada 2019 2020. 

Keseluruhan beliau hanya bermain sebanyak 63 perlawanan dalam masa 3 musim - dengan kecederaan memberikan faktor terhadap jumlah penampilan beliau. 

Minat daripada Lazio, menyebabkan Shaqiri merasa 'dihargai' ketika membincangkan masa depan beliau bersama Corriere Dello Sport dengan mendedahkan Liverpool telah menerima hasrat beliau untuk berpindah.

"Perkara paling penting dalam karier saya adalah bermain sekerap yang mungkin, namun ianya sukar direalisasikan sejak tiga musim lepas".

"Ini telah saya nyatakan kepada Liverpool di mana saya harus mencari cabaran baru. Mereka menerima kemahuan saya dan akan mempertimbangkan tawaran yang dilakukan terhadap saya. Mereka tidak akan menghalang saya".

"Saya kini berusia 29 tahun, saya kini bermain di dalam liga terbaik di Eropah dan saya mahu terus bermain dalam liga ini".

"Saya tidak berfikir untuk berhenti sekarang, ianya di luar imaginasi saya. Kita akan lihat bagaimana masa depan saya selepas ini".

"Tiada hubungan secara langsung dari kelab yang berminat, wakil saya akan menguruskan perkara ini selanjutnya. Mereka akan memaklumkan kepada saya kelab kelab yang berminat dan anda perlu bertanya kepada mereka".

Menurut Neil Jones dari Goal, minat terhadap khidmat Shaqiri dilaporkan meningkat pada minggu ini dengan Liverpool bersedia untuk melakukan urusniaga dengan harga yang tepat, dijangka menghampiri £15 juta. 

Sevilla, Lazio, Napoli dan Villareal dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau dengan wakil Lazio telah bertemu dengan wakil Shaqiri sejak beberapa ketika yang lalu. 

Shaqiri kini masih bercuti selepas terlibat dalam kejohanan Euro bersama Switzerland. 

Dengan Liverpool telah menjual beberapa pemain seperti Taiwo Awoniyi, Harry Wilson, Marko Grujic dan beberapa pemain lain, jika berjaya menjual Shaqiri maka Liverpool bakal meraih dana penjualan sebanyak £44 juta selepas itu. 

ADMIN

Ianya menanti masa untuk Shaq meninggalkan Liverpool FC. 

Sumber : This Is Anfield via Goal

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football