Skip to main content

Andy Robertson | Seorang Pemain Yang "Tiada Kelab Mahukan Beliau" Satu Ketika Dahulu

Pada hari ini ketika 2017, Andy Robertson menyertai Liverpool dari Hull City.


Namun Jurgen Klopp berasa amat gembira membawa masuk pemain yang dahulunya tiada mana mana kelab yang mahukan khidmat beliau. 

Antara kenyataan Jurgen Klopp pada ketika itu menerusi Bein Sport adalah :

"Beliau melakukan serangan dengan baik namun tiada siapa mahukan beliau kerana corak bertahan beliau agak lemah".

Ianya satu pandangan yang dikongsi bersama dengan staf rekrutmen, yang ketika itu menitikberatkan pembelian pertahanan kiri pada 2017. 

Ketika itu mereka juga ada mengemukakan tawaran terhadap wakil Ryan Sessegnon, sebelum menarik diri apabila pemain itu lebih berminat menyertai Spurs. 

Faouzi Ghoulam, Jetro Williem dan Benjamin Mendy juga antara nama yang dipertimbangkan sebelum ini meskipun pemain bernilai £50 juta di Man City itu bukanlah sasaran realistik kelab. 

Tidak menghairankan apabila Andy Robertson tiba di Liverpool, beliau disambut dengan bunyi bunyi skeptikal di mana ketika itu peminat lebih mengharapkan "nama besar" untuk tiba bagi mengisi kekosongan itu.

Salah satu kritikan terhadap beliau di laman web adalah seperti berikut :

"Robertson tidak boleh bertahan atau menyerang. Beliau tiada pecutan, sukar dalam situasi pertembungan bola di udara yang diperlukan oleh mana mana pemain pertahanan, hantaran beliau teruk dan tidak akan dapat mengancam lawan".

Penilaian awal terhadap Robertson itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk ditemui, sepertimana yang Wijnaldum terima ketika beliau dibawa masuk dari kelab yang disingkirkan dari liga sebelum itu.

Ketibaan beliau dengan kritikan sebegitu hanya meningkatkan semangat staf kejurulatihan kelab untuk cuba meningkatkan prestasi beliau, namun pada awalnya ia bukan semudah yang disangka. 

Robertson mengambil bahagian dalam ujian asid laktik - yang bertujuan menguji sejauh mana kecergasan seseorang pemain namun beliau akhirnya menamatkan sesi itu dengan situasi dengan termuntah di tepi padang. 

Jordan Henderson juga bukanlah peminat beliau pada awalnya. 

"Ketika sesi pertama latihan rondo, Hendo menyuruh saya pergi berambus sejurus selepas saya menyertai latihan kerana terperangkap dalam situasi yang sukar ketika latihan. Ianya menusuk ke dalam kalbu untuk pemain muda seperti saya".

"Beliau tidak tahu saya berusia 22 tahun, dan beliau ingatkan saya berusia 28 tahun". 

Kesukaran beliau pada awal karier bersama Liverpool juga dirasai apabila pemain bek kiri Alberto Moreno merupakan pilihan utama buat Klopp. 

Penampilan pertama ketika menentang Crystal Palace, yang mendapat pujian kebanyakan peminat juga gagal menambat hati Klopp untuk meletakkan beliau dalam kesebelasan utama ketika itu. 

Dan selepas Alberto Moreno mengalami kecederaan pergelangan kaki yang serius pada Disember ketika itu, baru lah beliau diberikan peluang untuk bermain secara kerap. 

Beliau tidak menoleh ke belakang kembali selepas itu, dengan berjaya menepis segala tohmahan awal terhadap penilaian peminat. 

Liverpool telah menjulang UCL, Club World Cup, UEFA Super Cup dan EPL bersama beliau, dan kini beliau diiktiraf antara pemain bek kiri terbaik di dunia. 

Sesuatu yang amat bagus untuk pemain yang sebelum ini "tidak dimahukan kelab lain".

ADMIN

Apa yang penting adalah kerja keras dan sentiasa untuk mengubah diri sendiri menjadi sesuatu yang lebih baik. YNWA Andy Robertson.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football