Skip to main content

Virgil Van Dijk Dijangka Kembali Bermain Dalam Perlawanan Menentang Hertha Berlin

Beliau tidak bermain sejak Oktober tahun lepas akibat kecederaan lutut dan telah menjalani pembedahan.


Jurgen Klopp juga mendedahkan Joe Gomez turut  semakin hampir untuk kembali bermain secara kompetitif setelah menunjukkan reaksi positif dalam pemulihan kecederaan ketika kem latihan pramusim kelab di Austria.

Menurut Klopp menerusi Liverpool FC :

"Saya berharap namun tidak pasti, Virgil Van Dijk boleh bermain dalam beberapa minit nanti".

"Beliau nampak bagus ketika menjalani latihan dan mungkin kami boleh menurunkan beliau,  namun kami harus berbincang terlebih dahulu. Beliau nampak bersedia dan kita akan lihat selepas ini". 

"Jika anda lihat perlawanan sebagai salah satu latihan pemulihan, semuanya masuk akal".

"Joe semakin hampir untuk pulih. Mereka tidak berlumba untuk pulih kerana kedua dua pemain menghadapi kecederaan yang berbeza".

"Jika Virgil boleh bermain dalam 20 minit, maka Joe boleh bermain dalam perlawanan seterusnya. Mereka telah menjalani latihan dan tampak berada dalam situasi yang baik".

"Dari semasa ke semasa anda boleh lihat sendiri bagaimana mereka menjalani latihan dengan baik namun kami tidak tergesa gesa untuk menurunkan mereka. Ianya bukan mereka memerlukan 5 perlawanan dalam pramusim sebagai persediaan buat mereka".

"Ianya sebagai menghadapi musim yang panjang dan kami mempersiapkan mereka selepas tersisih akibat kecederaan jangka panjang dan bukan juga perlawanan pertama musim ini".

ADMIN

Berkemungkinan mereka akan diberikan peluang bermain dalam jangka masa singkat. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan