Skip to main content

Jarrod Bowens Disenarai Pendek Sebagai Pemain Sasaran Liverpool

Kelab berhasrat untuk memperkuatkan barisan serangan mereka musim ini.


Jamea Pearce dari The Athletics mendedahkan bahawa pemain berusia 24 tahun ini merupakan salah satu calon sasaran mereka di bahagian serangan.

Namun begitu penambahbaikan posisi ini amatlah bergantung pada pintu perpindahan kali ini samada Origi dan Shaq akan meninggalkan kelab pada musim panas ini. 

Kelab kini mendengar tawaran untuk mereka berdua dan Lazio dilaporkan berminat untuk Shaq.

Karakter Bowen amat bertepatan dengan profil pemain yang dimahukan Liverpool dari segi umur, corak permainan dan versatil. Beliau dilihat sebagai calon yang memiliki potensi besar sebagai back up player dan pada masa yang sama memberikan persaingan untuk pemain sedia ada. 

Jurgen Klopp mengagumi beliau dan kelab akan terus memantau perkembangan beliau jika tidak berhasrat untuk mendapatkan beliau musim ini.

Bowens memulakan karier di Hereford United, menyertai West Ham United dari Hull City pada 2020 dengan nilai £18 juta dan berpotensi menjadi £25 juta selepas klausa tambahan. 

Beliau menjaringkan 8 gol dan menyumbang 5 assist dari 38 penampilan musim lepas. Beliau mempunyai kontrak bersama West Ham United hingga 2025.

ADMIN

Kita akan tengok siapa sasaran sebenar nanti.

Sumber : James Pearce - The Athletics

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football