Skip to main content

Brighton Berminat Dapatkan Khidmat Nat Phillips Sebagai Pengganti Ben White

Difahamkan Ben White kini hampir ke Arsenal dengan nilai £50 juta.


Meskipun Klopp mahu Nat Phillips kekal di Liverpool musim ini, pemain itu juga dijangka mahu berpindah untuk mendapatkan lebih minit permainan di kelab lain. 

Beliau kini berada di belakang Virgil Van Dijk, Joel Matip, Joe Gomez dan Ibrahima Konate di posisi CB utama selain mendapat persaingan dari Ben Davies, Rhys William dan Billy Koumetio. 

Phillips telah membuktikan diri beliau bersama Liverpool musim lepas dengan melakukan 20 penampilan dengan ianya sesuatu yang tidak mengejut jika persembahan beliau itu menarik minat beberapa kelab tempatan. 

Newcastle, Southampton, Burnley dan Brighton telah dikaitkan dengan Nat Phillips dan pemain itu dianggarkan bernilai £15 juta. 

Menurut koresponden Brighton Andy Naylor, kelab selatan England ini kini memantau rapat akan perkembangan Nat Phillips dengan dianggap pilihan terbaik untuk memenuhi kuota pemain pertahanan tengah mereka dengan Ben White kini semakin hampir ke Arsenal. 

Perpindahan ini jelas sesuai buat Nat Phillips dengan menyertai barisan pertahanan lain seperti Lewis Dunk, Adam Webster serta Dan Burn. 

Ianya bakal memanfaatkan Liverpool jika berjaya mendapatkan pulangan besar untuk pemain tersebut, dengan kini Liverpool harus menjual pemain sebelum membawa masuk pemain baru. 

Liverpool kini hanya menanti pasaran perpindahan yang lebih realistik sebelum melakukan sebarang urusniaga dengan beberapa perpindahan berprofil tinggi di Eropah telah berjaya diselesaikan. 

Perpindahan Konate kini adalah keempat tertinggi yang dilakukan di Eropah di belakang Jadon Sancho, Ashraff Hakimi dan Dayot Upamecano dengan hanya 10 perpindahan bernilai £10 juta ke atas dilakukan di EPL ketika ini. 

Perpindahan Ben White ke Arsenal merupakan salah satu perpindahan berprofil tinggi dan bakal mencatatkan perpindahan kedua termahal di bumi British. 

Pengganti Nat Phillips berkemungkinan tidak akan dicari dengan Ben Davies merupakan pilihan sedia ada dengan nilai homegrown ketika ini. 

ADMIN

Jadi kita lihat berapa tawaran harga yang Brighton letakkan. 

Sumber : This Is Anfield


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football