Pemain muda yang diberi gelaran 'Polish Messi' ini kini bersama skuad senior di kem latihan di Austria.
Musialowski kini berada di Liverpool untuk musim kedua, dengan memberikan impak bersama skuad Bawah 18 Tahun kelab setelah berhijrah dari SMS Lodz musim panas lepas.
Dari 26 penampilan bersama skuad Bawah 18 Tahun Liverpool, Musialowski telah menjaringkan 12 gol dan menyumbang 5 assist sekaligus mendapat gelaran tersebut di negara beliau.
Di atas persembahan beliau yang menarik perhatian musim lepas, beliau disenaraikan dalam skuad senior Liverpool di mana beliau kini bekerjasama dengan pemain serangan senior seperti Mo Salah dan Sadio Mane buat masa sekarang.
Namun sebelum bertolak ke Salzburg, beliau bersama beberapa pemain muda lain menandatangani kontrak profesional bersama kelab dengan berkemungkinan diserap bersama skuad Bawah 23 Tahun menjelang musim 2021 - 2022.
Kontrak baru itu diberikan serentak kepada beberapa pemain muda lain seperti Harvey Davies, Luke Chambers dan Oakley Cannonier dengan Musialowski merupakan sesuatu yang mengujakan buat peminat Reds.
Menurut James Pearce dari The Athletics, kontrak itu adalah selama 3 tahun dan dijangka akan tamat pada 2024.
Pemain muda Poland ini merupakan pemain sayap pantas dan boleh bermain di posisi 10 atau penyerang, dengan kemahiran menggelecek yang baik dan penyudah yang tajam menjadi senjata utama beliau jika diletakkan di pelbagai posisi bahagian serangan.
Menurut Musialowski menerusi The Academy Show pada Mac lepas :
"Saya suka apabila mendapat bola, dan cuba untuk menggelecek semua pemain lawan. Ianya cara saya untuk bermain bolasepak".
"Jika saya dapat melepasi pemain lawan, saya akan berkeyakinan tinggi dan bila saya mula melakukan larian saya akan meneruskan larian".
"Jurulatih di Poland dan di sini tidak pernah menyuruh saya berhenti melakukannya, dan saya akan teruskan gaya permainan ini".
ADMIN
Bagus untuk perkembangan pemain muda ini. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment