Pengurus Liverpool itu memaklumkan kedua dua pemain pertahanan itu tidak akan diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Hertha Berlin.
Kedua dua pemain ini terlibat dalam kem latihan di Austria, dengan menjalani latihan bersama pasukan setelah tersisih lama akibat kecederaan jangka panjang.
Namun pemain tersebut belum lagi diberikan peluang untuk bermain dalam tiga perlawanan persahabatan sebelumnya menentang Innsbruck, Stuttgart dan Mainz sambil menyaksikan pemain lain seperti Joel Matip, Ibrahima Konate, Ben Davies, Nat Phillips, Rhys William dan Billy Koumetio diberikan peluang untuk bermain.
Menurut Klopp menerusi Liverpool FC setelah kemenangan ke atas Mainz :
"Ya saya akan terkejut jika mereka diturunkan"
"Mereka nampak baik, mereka melakukan segala galanya. Mereka bermain, menjalani latihan dan kami lakukan segalanya yang termampu. Mereka tidak melakukan banyak latihan berat setakat ini".
"Kami harus bersabar. Kami harus mempersiapkan mereka untuk menghadapi musim penuh, bukan pramusim".
"Saya tidak akan merisikokan mereka. Kami akan menghadapi banyak perlawanan ketika pramusim ini, tetapi saya tidak akan lihat mereka akan terlibat dalam perlawanan seterusnya".
Mungkin ia akan mengecewakan sebahagian peminat yang menantikan aksi mereka dalam perlawanan pramusim selepas berehat panjang, namun ianya keputusan terbaik untuk mereka menjalani pemulihan lebih lama.
Mereka masih memerlukan masa untuk kembali cergas dan berada di prestasi, di samping menurunkan mereka terlalu awal bakal merisikokan kembali ke arah kecederaan semula.
Dengan Konate dan Matip kini semakin menunjukkan persefahaman, berkemungkinan besar kedua dua pemain ini akan diturunkan dahulu dalam perlawanan kompetitif pertama menentang Norwich.
Manakala kesabaran diperlukan untuk Van Dijk dan Gomez dengan harapan memberikan manfaat kepada mereka.
ADMIN
Belum masanya lagi. Sabar. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment