Skip to main content

Analisa : Tujuh Perpindahan Major Yang Membentuk Pasukan Liverpool Sejak Kali Terakhir Bertemu Hertha Berlin

Empat musim lepas, Liverpool bertemu Hertha Berlin di ibukota Germany dengan kemenangan berpihak kepada The Reds dengan jaringan 3 - 0.


Namun sejak pertemuan terakhir itu, kita lihat semula pasukan Liverpool yang telah ditransformasikan sejak itu hinggalah menjadi antara sebuah pasukan elit di Eropah ketika ini. 

Ketika perlawanan tersebut, Mo Salah telah dibawa masuk dari Roma dengan nilai £36.9 juta sejak 5 minggu sebelumnya. Salah dibawa masuk pada separuh masa kedua dan menjaringkan gol selepas itu. 

Ketika itu beliau menerima hantaran daripada Phil Coutinho, dengan ianya satu petanda bahawa Mo Salah bakal mencipta sesuatu buat kelab. 

Namun gandingan mereka tidak lama dengan Coutinho berpindah ke Barcelona selepas itu.

Selepas perlawanan pramusim itu, Klopp membina pasukan yang amat digeruni dengan sentiasa menekan lawan serta serangan pantas yang sering membuatkan lawan terkulai. Serangan demi serangan dengan jaringan pantas akhirnya perlawanan sering berakhir awal dengan kemenangan besar.

Gol pembukaan ketika menentang Hertha Berlin itu dijaringkan oleh Dominic Solanke setelah menerima hantaran Adam Lallana. Pemain itu akhirnya melakukan 21 penampilan bersama Liverpool ketika 2017 2018.

Dan sekarang Solanke bersama Bournemouth di Liga Championship, dengan menjaringkan 15 gol buat kelab itu musim lepas setelah hanya berjaya menjaringkan 3 gol dalam 2 musim sebelumnya.

Ianya tidak menjejaskan ketajaman Liverpool di hadapan gol selepas Solanke berpindah, dengan selepas itu menambahkan sengat serangan apabila membawa masuk Diogo Jota yang menyertai barisan serangan yang masih didominasi Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Manakala Adam Lallana pula meninggalkan Liverpool dengan menyertai Brighton musim lepas. Namun Liverpool menggantikan beliau dengan pemain tengah berkelas tinggi iaitu Thiago Alcantara dengan nilai £25 juta. 

Emre Can dan Gini Wijnaldum digandingkan pada perlawanan tersebut. Namun Can meninggalkan Liverpool untuk menyertai Juventus tiga musim lepas, dengan Liverpool membawa masuk Naby Keita dari Leipzig meskipun perkembangan beliau sering terganggu akibat kecederaan berpanjangan. 

Fabinho selepas itu menyertai Liverpool, sekaligus menjadi sebahagian enjin utama di bahagian tengah dan mengukuhkan bahagian tengah.

Namun begitu musim panas di Berlin adalah sesuatu yang penting buat Liverpool, dengan merombak bahagian pertahanan untuk meletakkan kelab di satu aras yang lebih tinggi.

Ketika menentang Berlin pada 2017 2018, pemain di bahagian belakang adalah Simon Mignolet, Joe Gomez, Joel Matip, Ragnar Klavan dan Alberto Moreno.

Andy Robertson adalah pemain yang baru dibawa masuk ketika itu, diturunkan ketika separuh masa kedua setelah menyertai kelab dari Hull dengan nilai £8 juta. 

Pemain akademi, Trent Alexander Arnold kemudian menjadi antara pemain pilihan Jurgen Klopp selepas itu di bahagian pertahanan kanan sebelum beliau dikenali dengan ketepatan hantaran dan hantaran hantaran tepat.

Ketibaan Virgil Van Dijk dan Alisson sebenarnya yang mengubah wajah pertahanan Liverpool ke tahap yang lebih tinggi selepas itu. 

Kehadiran Van Dijk mengukuhkan pertahanan Liverpool. Beliau adalah pemimpin sebenar di bahagian belakang, dan bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu dari belakang hingga ke bahagian serangan. 

Manakala Alisson pula memperkukuhan sesuatu yang longgar yang dipamerkan Mignolet. Kehadiran beliau memberikan keyakinan meskipun ada kalanya melakukan kesilapan, seperti penjaga gol sebelumnya namun hampir kesemua perlawanan beliau jarang menghampakan peminat. 

Ketika menentang Berlin dahulu, Liverpool adalah pasukan yang kuat dan berbakat. Mereka dahagakan kemenangan.

Tetapi kelab Bundesliga itu sedar Liverpool kini bukanlah seperti 4 musim sebelumnya dengan Klopp berjaya membentukan pasukan seperti "mesin". 

ADMIN

Jauh perbezaan Liverpool dahulu dan sekarang. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan