Skip to main content

Harry Wilson Tidak Tersenarai Dalam Skuad Menentang Mainz 05 - Semakin Hampir Ke Fulham

Pemain ini bakal menyertai Fulham dengan nilai £10 juta. 


Harry Wilson menyertai skuad Liverpool di kem latihan di Austria selepas bercuti tiga minggu berikutan kejohanan Euro, namun tidak disenaraikan dalam skuad Liverpool menentang Mainz awal pagi tadi. 

Pemain ini tidak diperlukan di kelab dan kini beliau masih berunding dengan Fulham untuk perpindahan tetap ke London, dengan Brentford dan Benfica turut memantau situasi beliau. 

Dan kini Liverpool dan Fulham hampir memeterai perjanjian bernilai £10 juta untuk bekas pemain di akademi itu. 

Sebelum ini dikhabarkan nilai Harry Wilson dijangka meningkat selepas beliau dipinjamkan semusim ke Cardiff, dengan tawaran Burnley sebanyak £12 juta ditolak ketika itu. 

Namun begitu penjualan Harry Wilson dengan nilai £10 juta bakal memberikan Liverpool dana tambahan selepas berjaya menjual Taiwo Awoniyi dan Marko Grujic yang menilai lebih £10 juta pada awal minggu ini. 

Liverpool akan melaburkan dana itu untuk mendapatkan pemain baru terutama di posisi serangan dengan tengah, dengan cuba untuk mendapatkan pengganti buat Gini Wijnaldum. 

Harry Wilson hanya melakukan 2 penampilan bersama Liverpool - dengan setiap satu penampilan itu dibezakan dengan 4 tahun. 

Sebelum ini beliau dipinjamkan ke Crewe, Hull City, Derby, Bournemouth dan Cardiff dengan kini beliau bersedia untuk mengakhiri kerjasama bersama Liverpool selama 16 tahun.

ADMIN

Dan jika ianya berlaku, semoga berjaya buat Harry Wilson. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan