Skip to main content

Bobby Duncan Bakal Berpindah Kelab Buat Kali Kelima : Derby County Hilang Sabar Terhadap Beliau

Sepupu kepada Steven Gerrard ini telah meninggalkan Liverpool sejak 2 musim lepas.


Beliau menyertai Liverpool dari Man City di mana ketika itu memaksa perpindahan itu direalisasikan juga. 

Duncan menjaringkan 30 gol dan menyumbangkan 16 assist dalam 43 perlawanan bersama skuad Akademi, dengan beliau sekali lagi memaksa perpindahan keluar itu berlaku dan akhirnya berjaya menyertai Fiorentina. 

Usaha beliau untuk meninggalkan Liverpool meninggalkan kecaman daripada legenda kelab dan juga peminat, dengan melihat taktik yang dilakukan oleh ejennya untuk memaksa perpindahan itu direalisasikan.

Meskipun beliau telah berpisah dengan Saif Rubie selaku ejen beliau ketika di Fiorentina, niat Duncan seolah olah sama apabila mahukan perpindahan kembali ke bumi Inggeris dengan kali ini beralih arah ke Derby County pada September lepas. 

Menurut Simon Hughes dari Tha Athletics, perbincangan beliau bersama kelab Denmark Vejle Boldklub difahamkan gagal mencapai persetujuan meskipun Derby County sanggup melepaskan pemain ini secara percuma. 

Bukan sahaja ianya melibatkan kedudukan kewangan Derby County, ,tetapi sikap Duncan sendiri yang tidak membantu situasi sekarang di mana beliau belum lagi menghadiri sesi latihan pramusim di kelab. 

Ketika ini beliau hanya melakukan 1 penampilan bersama skuad senior kelab, dengan hanya diturunkan dalam sebahagian skuad muda Derby setelah berlaku penularan Covid 19 di kalangan pemain utama mereka ketika aksi Piala FA musim lepas. 

Simon Hughes juga mendedahkan bahawa setelah Wayne Rooney dilantik sebagai pengurus Derby, Duncan segera melakukan pertemuan dengan beliau dengan mendakwa "beliau telah bersedia untuk beraksi di dalam skuad senior kelab setelah menghabiskan masa di dalam skuad Bawah 23 Tahun" namun Rooney "berfikiran sebaliknya". 

Ianya pendekatan yang serupa ketika beliau di Liverpool dan Fiorentina, dengan wakil beliau seperti tidak sabar mahukan pemain ini terus berada dalam skuad senior. 

Samada Duncan berjaya untuk menyertai kelab Denmark atau sebaliknya, namun apa yang pasti beliau harus belajar untuk bersikap sebagai pemain profesional. 

ADMIN

Percayalah pemain begini susah dapat berkembang dan tiada masa depan. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football