Beliau merupakan bekas pemain Barcelona dan Man City, dan kini bertindak selaku jurulatih Akhmat Grozny.
Yaya Toure ketika itu telah dijemput oleh Sadio Mane untuk menyaksikan sendiri sesi latihan Liverpool di Saalfanden.
Menurut Mane menerusi Liverpool FC :
"Saya berkata, Yaya adakah ianya idea yang bagus jika anda sendiri menyaksikan sesi latihan kami di sini?"
"Dan Yaya membalas beliau akan ke sini dan mohon bos saya memberikan kebenaran".
"Beliau adalah kawan baik saya dan saya telah mengenali beliau sejak 2004. Kami sentiasa berhubung sesama sendiri dan beliau bertanya kepada saya adakah Jurgen Klopp memberikan lampi hijau untuk menyaksikan sesi latihan Liverpool ketika itu".
"Bos amat berbesar hati dan gembira melihat Yaya hadir dan mendapat pembelajaran baru di sini".
"Yaya mahu menjadi pengurus pasukan satu hari nanti dan semua pemain teruja melihat kehadiran beliau. Kami berbual bual bersama beliau dan bercerita mengenai Man City dan Liverpool, ianya sangat bagus dapat berjumpa beliau semula".
ADMIN
Rival not enemy. All the best Yaya Toure.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment