Siasatan koroner di Liverpool hari ini mendedahkan bahawa peminat Liverpool itu hampir terkorban namun mengalami kecederaan kekal yang dialaminya 32 tahun lalu.
Andrew Devine dari Mossley Hill yang berusia 22 tahun ketika dia menyaksikan Liverpool beraksi menentang Nottingham Forest dalam aksi separuh akhir Piala FA yang dimainkan di Sheffield pada 15 April 1989.
Selepas insiden itu, Andrew merupakan salah seorang mangsa tidak dijamin akan hidup setelah dadanya hancur manakala otaknya mengalami kekurangan oksigen dalam tragedi yang menyaksikan 96 peminat Liverpool meninggal sekaligus merupakan bencana sukan terburuk yang pernah berlaku di Britain.
Setelah Andrew berjaya diselamatkan, ibu bapanya telah dimaklumkan bahawa beliau mungkin akan meninggal dunia dalam masa 6 bulan dan mereka juga dimaklumkan bahawa tidak lagi pesakit yang mengalami kecederaan parah seperti itu yang akan bertahan melebihi 8 tahun.
Walaupun kehidupan beliau selepas itu dihabiskan di atas kerusi roda, dengan situasi tidak dapat bercakap dan hanya dapat makan makanan lembut, namun kasih sayang dan sokongan keluarga Andrew membuatnya terus hidup
Namun hari ini mereka mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan beliau telah meninggal dunia.
"Dengan rasa sedih dan satu kehilangan yang besar, kami mengesahkan bahawa Andrew Devine meninggal dunia semalam pada usia 55 tahun."
"Kami amat sedih secara keseluruhannya tetapi kami tidak sedar bahawa kami telah ditakdirkan untuk bersama Andrew selama 32 tahun sejak tragedi Hillsborough". "
"Kami menerima kenyataa koroner Encik Andre Rebello yang dibuat hari ini di Mahkamah Koroner Liverpool bahawa Andrew hampir dibunuh ketika itu berikutan dengan kecederaan yang dialami, menjadikan Andrew mangsa ke 97 dari peristiwa tragik yang terjadi pada 15 April 1989."
“Selama bertahun tahun, Andrew telah menjadi anak, abang dan teman yang sangat disayangi. Dia telah dijaga oleh keluarganya dan sekumpulan pembantu peribadi yang berdedikasi, yang semuanya mengabdikan diri kepadanya".
"Seperti biasa, pemikiran kami adalah untuk semua yang terkesan oleh tragedi Hillsborough. Kami meminta agar privasi kami dihormati pada saat yang menyedihkan ini"
Berikut adalah kenyataan dari Liverpool FC :
"Liverpool FC hari ini sangat sedih dengan pemergian Andrew Devine, yang meninggal pada usia 55 tahun".
"Penyokong Liverpool seumur hidupnya, Andrew terus menghadiri pertandingan di Anfield walaupun mengalami kecederaan yang mengubah hidupnya di Hillsborough pada 15 April 1989".
"Dengan berbuat demikian, beliau bersemangat kental untuk bertahan meskipun beliau dimaklumkan tidak akan bertahan selama enam bulan setelah tragedi itu".
"Pada inkues yang diadakan di Liverpool hari ini, diputuskan bahawa Andrew cuba dibunuh dalam bencana tersebut, sekaligus memberikan peringatan tragik lebih lanjut mengenai jumlah korban yang terus ditanggung oleh Hillsborough".
"Ketika ini semua individu di kelab melontarkan kesedihan untuk keluarga Andrew. Dimaklumkan juga bahawa keluarga Andrew telah meminta privasi dan kami mendesak agar permintaan ini dihormati."
ADMIN
Salam takziah untuk keluarga mendiang. Adnrew Devine - You'll Never Walk Alone.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment