Skip to main content

Trent Alexander Arnold Menandatangani Kontrak Lanjutan Jangka Panjang Bersama Liverpool FC

Pemain berusia 22 tahun ini merupakan produk Akademi LFC. 


Menurut TAA menerusi Liverpool FC :

"Saya amat terharu apabila diberikan peluang dan diberikan tawaran oleh kelab untuk lanjutan kontrak, dan saya tidak berfikir panjang mengenai tawaran itu".

"Keadaan kelab di mana saya memulakan karier adalah pilihan terbaik buat saya. Untuk memastikan saya kekal lama di sini ianya sesuatu yang baik. Saya telah melakukan keputusan tepat".

"Ianya satu satunya kelab yang saya belajar mengenai segala galanya. Jadi dengan berada di sini dalam jangka masa lama adalah sesuatu yang bagus buat saya dan keluarga".

"Saat saat yang membanggakan buat saya - sentiasa - jika dapat melanjutkan kontrak di sini. Diberikan kepercayaan daripada kelab dan staf kejurulatihan adalah sesuatu yang bagus".

Setelah melakukan penampilan senior ketika menentang Spurs dalam aksi Piala Liga pada Oktober 2016, beliau terus diberikan kepercayaan dengan melakukan 179 penampilan bersama kelab hingga kini sekaligus menjadi salah satu bakat terbaik dalam bolasepak pada ketika ini. 

Beliau telah menjaringkan 10 gol bersama Liverpool dan telah membantu kelab merangkuk kejuaraan UCL, Super Cup, Club World Cup dan EPL. 

Beliau juga pernah disenarai pendek sebagai penerima Ballon D'Or pada 2019. 

Tambah TAA : 

"Tidak selalu saya memikirkan mengenai situasi saya di sini namun saya telah banyak mencapai kejayaan yang saya sendiri tidak terfikir sebelum ini".

"Berkesempatan bersama kelab bersama sama dengan beberapa pemain ternama, dan sudah pasti bersama barisan staf kejurulatihan bertaraf dunia adalah sesuatu yang wajar dibanggakan dan amat bertuah untuk bersama sama mereka".

ADMIN

Difahamkan kontrak lanjutan Trent adalah sehingga 2025, manakala gaji mingguan beliau adalah antara penerima tertinggi di kelab. 

YNWA Trent Alexander Arnold. 

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football