Skip to main content

Fabinho Dedahkan Pemain Kesayangan Jurgen Klopp Di Liverpool

Beliau dedahkan Virgil Van Dijk merupakan pemain kesayangan pengurus Liverpool tersebut, di mana merupakan sebahagian dari kejayaan The Reds sejak beberapa tahun lepas.


Pemain antarabangsa Netherland ini antara watak yang berjaya membawa trofi kejuaraan UCL, Super Cup, Club World Cup dan EPL ketika ini. 

Ketiadaan beliau setelah mengalami kecederaan lutut musim lepas amat dirasai oleh Liverpool.

Jurgen Klopp mahu melihat pemain itu untuk turun beraksi pada ketika ini namun mengambil pendekatan berhati hati dalam menguruskan kecergasan beliau supaya tidak berlaku kecederaan semula. 

Ketika sesi soal jawab menerusi laman IG, Fabinho telah ditanya siapakah pemain kegemaran Klopp, dan beliau menyatakan satu kapsyen ringkas "VVD".

Selain daripada dakwaan Fabinho terhadap VVD yang menjadi pemain kesayangan Klopp, Fabinho juga melontarkan pujian terhadap rakan sepasukan Kostas Tsimikas, dengan mendedahkan pemain itu "amat bagus". 

Meskipun Tsimikas hanya bermain 2 perlawanan EPL musim lepas dan berada di padang cuma 5 minit, namun kerja keras pemain itu di padang latihan menarik minat Fabinho. 

Tsimikas memulakan karier di Liverpool dengan perlahan dengan Robbo di hadapan beliau, dan tampak sukar untuk menembusi kesebelasan utama Liverpool. 

Namun Klopp masih percaya akan kelebihan yang dimiliki Tsimikas, dan mungkin mendapat peluang jika Klopp berhasrat untuk menggilirkan pemain dalam pasukannya. 

ADMIN

VVD adalah antara key player dalam skuad LFC sekarang. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan