Skip to main content

Yaser Larouchi Melengkapkan Perpindahan Ke Troyes Secara Percuma

The Reds bakal mendapat pampasan kecil dengan beliau kembali ke Ligue 1 selepas 4 musim. 


Sebelum ini Larouchi telah menolak kontrak lanjutan di Liverpool, meskipun mempamerkan prestasi baik dan mempunyai masa depan di bawah Jurgen Klopp. 

Beliau berjaya berada di dalam skuad utama dengan pemain ini dijangka menjadi back up buat Andy Robertson, sekaligus melakukan 2 penampilan senior dalam aksi Piala FA. 

Namun beliau berhasrat untuk berhijrah ke kelab lain, dengan Liverpool berjaya mendapatkan Kostas Tsimikas sekaligus masa depan beliau tidak lagi cerah ketika berada di Anfield selepas itu.

Tiada tawaran dari kelab lain dan perbincangan kontrak yang tertangguh, Larouchi hanya melakukan 2 penampilan di dalam skuad bawah 23 tahun Liverpool pada musim lepas.

Pemergian Larouchi telah diumumkan oleh kelab sejak musim panas ini, dengan pemain itu kini menyertai Troyes secara percuma.

Menandatangani kontrak 5 tahun bersama kelab tersebut, Larouchi kini fokus untuk melakukan penampilan dalam skuad senior.

Troyes dimiliki oleh City Football Club dan perpindahan beliau ke kelab itu bakal memberikan pampasan bernilai £250,000 berdasarkan garis panduan FIFA. 

Larouchi merupakan pemain ketiga dari Akademi yang meninggalkan kelab selain Liam Millar dan Kamil Grabara. 

ADMIN

Good luck Yaser Larouchi. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football