Skip to main content

Liverpool Tetapkan Harga £10 Juta Untuk Harry Wilson - Kelab Bersedia Lepaskan Beberapa Pemain

The Reds mahu mengecilkan saiz skuad ketika ini sambil berharap untuk meraih dana hasil penjualan pemain yang tidak diperlukan.


Musim lepas penjualan Rhian Brewster, Dejan Lovren dan Ki Jana Hoever telah membantu menjana kewangan sebanyak £50 juta, sekaligus membantu Liverpool untuk meraih dana tambahan bagi membawa masuk Diogo Jota dan Thiago Alcantara. 

Harry Wilson kini berada dalam senarai pemain untuk dilepaskan dengan The Reds mahukan nilai £10 juta untuk beliau, dengan pemain itu masih berbaki kontrak dua tahun bersama kelab. 

Perpindahan bernilai £11 juta ke Burnley musim lepas untuk beliau tidak menjadi kenyataan, dan Liverpool menerima tawaran pinjaman semusim untuk pemain itu ke Cardiff. 

Liverpool kini berhasrat melepaskan Harry Wilson secara tetap dengan sebelum ini menghabiskan 3 tahun setengah dipinjamkan ke kelab lain, di mana kelab bersedia untuk mendengar tawaran pemain ini berikutan pasaran perpindahan yang telah berubah ketika ini. 

Benfica sebelum ini telah mengemukakan pertanyaan untuk pemain ini, dengan WBA dan Brentford juga dilaporkan berminat dengan pemain ini. 

Wilson juga dilaporkan mahu kekal atau berpindah ke kelab lain, dengan sedang mempertimbangkan tawaran dari kelab lain.

Marko Grujic juga menghabiskan 3 setengah tahun dipinjamkan ke kelab lain dan Liverpool menilai pemain itu kini berjumlah £12 juta. 

Porto dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain itu secara tetap setelah dipinjamkan ke sana semusim, namun kini menarik minat Sassuolo di Itali dan beberapa kelab dari Germany.

Xherdan Shaqiri dilaporkan mahu mendapatkan minit permainan yang lebih selepas menyaksikan prestasi cemerlang ketika di Euro 2020 dan Lazio difahamkan mahu mendapatkan khidmat beliau. 

Liverpool juga terbuka untuk mendengar tawaran untuk Origi tetapi persetujuan dijangka sukar dicapai berikutan pemain itu baru menandatangani kontrak baru bersama kelab dengan gaji minggu bernilai £60,000 seminggu. 

Kelab juga dijangka akan melepaskan beberapa pemain lagi seperti Neco William, Loris Karius, Sheyi Ojo, Ben Woodburn dan Taiwo Awoniyi. 

Burnley merupakan kelab yang meletakkan Nat Phillips selaku sasaran perpindahan nombor 1 dan Liverpool akan melepaskan pemain itu jika beliau menerima tawaran tersebut 

Ini berikutan beliau dijangka sukar mendapatkan minit permainan yang lebih setelah ketiga tiga pemain utama CB seperti Joe Gomez, Joel Matip dan Virgil Van Dijk telah pulih dari kecederaan serta ketibaan Ibrahima Konate dari RB Leipzig yang bernilai £36 juta. 

ADMIN

Jadi kita akan lihat bagaimana kesudahannya nanti. YNWA. 

Sumber : Daily Mirror


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan