Skip to main content

Stewart Downing Kepada Hendo : "Buktikan Mereka Silap!"

Ianya kata kata nasihat buat kapten Liverpool itu setelah beliau berkeras enggan dijual ke Fulham pada 2012.


Downing mendedahkan perbualan bersama Jordan Henderson yang seterusnya meyakinkan beliau untuk kekal dan merebut tempat dalam kesebelasan utama di Liverpool.

Kapten Liverpool itu hampir dijual oleh Brendan Rodgers ketika musim 2012 2013 dengan beliau memulakan karier yang agak sukar ketika berhijrah dari Sunderland. 

Perpindahan ke Fulham hampir direalisasikan pada 2012, dengan pemain bintang mereka Clint Dempsey hampir menyertai Liverpool namun Hendo enggan berpindah untuk membuktikan sesuatu di Anfield. 

Dan Downing yang pernah bermain bersama Hendo ketika di awal kariernya di Anfield mendedahkan bahawa mereka ada melakukan perbincangan dan bertukar tukar pendapat mengenai proposal untuk menjual beliau ke kelab London tersebut. 

Downing menerusi The Athletics :

"Pintu perpindahan akan ditutup beberapa hari lagi dan terdapat khabar angin bahawa Jordan akan ke kelab tersebut dan Dempsey akan datang ke sini".

"Saya bertanya kepada beliau adakah beliau mahu pergi ke sana? Beliau menjawab tidak kerana beliau hanya mahu bermain untuk dua kelab ini sahaja iaitu Sunderland dan Liverpool". 

"Beliau tidak mahu menjadi pemain yang bermain di 8 atau 9 kelab sepanjang kariernya".

"Dan saya berkata itu jawapan anda. Anda beritahu kepada mereka yang anda mahu kekal dan merebut tempat anda. Kelab tidak boleh memaksa anda berhijrah ke kelab yang anda tak mahu. Jika beliau mahu kekal silakan. Buktikan mereka silap".

Jordan Henderson terus kekal di Liverpool, bersama sama Jurgen Klopp membantu Liverpool kembali ke kancah elit bolasepak Eropah. Kapten Liverpool itu akhirnya menjulang trofi liga yang ditunggu tunggu peminat selepas 30 tahun.

Tambah Downing :

"Saya amat gembira beliau kekal dan melalui kempen menakjubkan di Liverpool. Beliau melalui pelbagai waktu sukar ketika awal kariernya, dan pengalaman itulah yang menjadikan beliau ketika ini".

ADMIN

Anda telah buktikan ramai orang silap terhadap anda, kapten. YNWA. 

Sumber : Daily Mail

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football