Skip to main content

Perlawanan Ulangan Piala FA Diwujudkan Kembali Musim Ini - Termasuk Aksi 2 Kali Semifinal Carabao Cup

Sebelum ini perlawanan ulangan itu dimansuhkan berikutan jadual padat musim 2020 2021.


Sekaligus ianya menggambarkan peralihan semula kepada tradisi kejohanan domestik apabila aksi separuh akhir Carabao Cup turut dimainkan 2 kali. 

Perlawanan ulangan Piala FA ini memberikan ganjaran buat pasukan liga bawahan dan kelab amatur untuk meraih lebih banyak dana - telah dimansuhkan musim lepas berikutan jadual padat pertandingan berikutan penularan pandemik Covid 19 pada musim 2019 2020. 

Selain itu, FA telah mengumumkan bahawa Pusingan Keempat Piala FA akan dimainkan pada 04 - 07 Februari 2022 berikutan perlawanan antarabangsa akan dimainkan pada 24 Januari - 01 Februari 2022.

Pasukan kebangsaan Eropah dijangka tidak terlibat dalam aksi antarabangsa tersebut namun difahamkan waktu itu digunakan oleh Premier League sebagai winter break bagi kempen musim 2021 - 2022. 

Ini bermakna tiada lagi situasi ulangan pada musim 2019 2020 apabila Liverpool terpaksa menghantar pasukan bawah 23 Tahun bagi menghadapi Shrewsbury dalam perlawanan ulangan Piala FA ketika itu berikutan cuti rehat musim sejuk. 

Piala FA seperti Piala Carabao menjadi ancaman jangka masa panjang apabila UEFA membuat rombakan terhadap format kejohanan bolasepak kelab Eropah.

Sebelum ini FA telah menulis kepada UEFA dengan menyatakan impak perubahan format kejohanan Eropah yang memberi impak kepada kejohanan domestik mereka. 

UEFA telah memperkenalkan proposal untuk menambah perlawanan Eropah daripada 125 perlawanan kepada 225 perlawanan dengan dipersetujui oleh ahli kesatuan tersebut, namun akan dinilai semula oleh selepas ini kerana sebahagian daripada proposal itu telah mendorong kepada pembentukan ESL pada April lepas. 

Premier League juga melobi untuk menjadikan Januari khas untuk kejohanan bolasepak domestik sahaja yang dianjurkan. 

ADMIN

Makin bertambah jadual padat untuk kelab kelab yang terlibat dengan Eropah. 

Sumber : Sky Sports

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football