Skip to main content

Takumi Minamino Diberikan Peluang Ketika Pramusim - Meskipun Terbuka Dengan Tawaran Kelab Lain

Dan Liverpool tidak lagi berhasrat meminjamkan pemain ini keluar buat masa sekarang.


The Reds kini berada di Salzburg untuk menjalani latihan pramusim, dan Minamino merupakan salah seorang dari 34 pemain yang menjalani latihan dan ujian di kem latihan ini. 

Daripada 34 pemain, sekurang kurangnya 10 pemain kini berhadapan masa depan yang tidak pasti di kelab dengan Liverpool juga kini sibuk menjalani urusniaga di balik tabir untuk mengecilkan skuad sedia ada. 

Minamino antara 10 pemain tersebut, dengan menghabiskan setengah musim dipinjamkan ke Southampton dengan Klopp mengakui sukar memberikan beliau minit permainan yang lebih ketika di Liverpool. 

Pemain berusia 26 tahun tersebut juga sukar menempatkan diri dalam kesebelasan utama Southampton, namun Ralph Hasenhutll masih berharap dapat memiliki beliau secara pinjaman semusim lagi. 

Menurut Neil Jones daripada Goal, situasi sekarang yang menyebabkan perpindahan tetap Minamino adalah sangat minimal.

Berbanding Divock Origi yang kini diintai kelab Germany dan England, selain dari Xherdan Shaqiri kini yang menjadi buruan kelab Lazio selain Liverpool mahu menjana dana dengan menjual beberapa pemain yang tidak diperlukan.

Neil Jones juga menambah bahawa Liverpool tidak berhasrat untuk meminjamkan Takumi Minamino lagi dengan prospek pemain itu kekal di Anfield adalah sangat cerah. 

Minamino juga merupakan pemain yang sering mendapat perhatian dari barisan jurulatih kelab, dengan mendapat pujian ketika dalam sesi latihan namun belum lagi diterjemahkan ke dalam perlawanan sebenar di EPL. 

Dengan Liverpool bakal kehilangan khidmat Sadio Mane dan Mo Salah untuk Kejohanan Piala Negara Afrika pada Januari hadapan, ianya satu peluang terbaik untuk Minamino mengisi kekosongan yang ditinggalkan dua pemain tersebut. 

Namun beliau harus membuktikan keupayaan beliau terlebih dahulu sepanjang pramusim dan ianya dimulakan ketika perlawanan persahabatan menentang FC Wacker Innsbruck. 

ADMIN

Stay pun boleh. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football