Beliau terlibat dalam perlawanan persahabatan menentang Stuttgart semalam.
Namun beliau mendedahkan bahawa ianya sesuatu momen yang tidak akan dilupakan beliau ketika melakukan debut pertama bersama kelab barunya.
Peminat Liverpool berkesempatan menyaksikan aksi beliau selama 30 minit ketika perlawanan mini games dengan Liverpool menentang Innsbruck dan Stuttgart.
Menurut Konate menerusi LFC TV :
"Saya amat gembira, ianya saat yang sukar untuk saya lupakan".
"Sudah pasti kami bermain tanpa peminat namun saya amat gembira dan sedikit kecewa - kerana tidak berjaya memenangi perlawanan ini".
"Namun saya okay dan gembira".
Perlawanan menentang Stuttgart adalah medan terbaik buat beliau untuk membina persefahaman sesama rakan sepasukan baru beliau.
Konate menambah :
"Saya amat gembira dengan pasukan ini di padang dan sentiasa berkomunikasi dengan baik bersama pasukan".
"Perlahan lahan ianya akan menjadi lebih baik, ini adalah perlawanan pertama kami dalam pramusim dan kami akan bersedia untuk perlawanan selanjutnya".
"Perlawanan seterusnya adalah lebih baik untuk semua pemain dan saya".
Perlawanan persahabatan Liverpool seterusnya adalah menentang Mainz pada Jumaat hadapan dan akan bermain di hadapan penonton di Uttersberg Arena di Grodig.
"Sudah pasti ini adalah yang terbaik".
"Kita telah menghadapi situasi pandemik ini dalam jangka masa yang lama dan ianya sukar untuk semua orang dan pemain bolasepak dengan bermain tanpa penonton".
"Dan kini kami berada di tahap yang seterusnya dan saya berpendapat mereka akan teruja melihat kami".
"Ianya amat penting buat kami".
ADMIN
Penampilan pertama yang amat baik buat Konate. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment