Ketika perlawanan itu berlangsung dengan keputusan 3 - 1, Jurgen Klopp turut berada di tepi padang. Skuad kendalian Marc Bridge Wilkinson berada dalam tahap terbaik sebelum perlawanan ini dengan memenangi 6 daripada 7 perlawanan liga sebelumnya - dengan menjaringkan 6 gol ke atas tiga pasukan. Antara nama yang menarik perhatian adalah kehadiran bintang remaja berusia 17 tahun, Mateusz Musialowski - dan sememangnya menarik perhatian apabila menjaringkan gol ketiga pasukan dalam perlawanan ini. Gol gol sebelumnya dijaringkan oleh Max Woltman dan James Norris. Musialowski memperdayakan pertahanan Arsenal sebelum melepaskan rembatan melepasi penjaga gol Arsenal. Ianya serangan pantas yang menarik, terhasil oleh pemain tengah serangan James Balagizi. Balagizi juga yang turut menyumbang satu assist buat Woltman menjaringkan gol kedua sebelum separuh masa pertama berakhir. Woltman sebelum ini menjaringkan 8 gol dari 5 penampilan terakhir dengan menjaringkan gol kedua dari sudut yang mustah
Tukang Story Liverpool dan Bola Semasa