Menurut Fabrizio Romano, Liverpool dijangka mendapatkan khidmat pemain pertahanan RB Leipzig untuk musim hadapan.
Difahamkan Liverpool telah memantau situasi pemain ini dalam jangka masa yang lama, melakukan perpindahan ini dengan nilai perpindahan berjumlah €35 juta - harga klausa pelepasan beliau.
Romano juga mendakwa pemain itu akan menyertai Liverpool dengan kontrak 5 tahun.
Jika ianya benar berlaku, ianya satu kelegaan buat Klopp yang kini mengalami krisis kecederaan pemain pertahanan yang menyumbang kepada masalah prestasi pasukan sejak akhir akhir ini.
Meskipun terdapat kerisauan segelintir peminat mengenai sejarah kecederaan Konate, Romano menegaskan staf rekrutmen amat yakin dengan perkembangan pemain ini di masa hadapan.
Dengan nilai €35 juta, pemain itu diharap dapat menjadi lebih baik dari prestasi ketika beliau bersama Leipzig ketika ini.
ADMIN
Setakat ini hanya satu sumber, kita menunggu sahaja bagaimana selanjutnya. YNWA.
Comments
Post a Comment