Namun hukuman terhadap 6 kelab yang terlibat belum lagi ditentukan buat masa sekarang.
Dan EPL sedang mempertimbangkan untuk meletakkan peraturan baru dengan mana mana pasukan yang berhasrat menyertai ESL di masa hadapan akan digugurkan dari semua kejohanan serta merta.
Dunia bolasepak dikejutkan pada awal minggu ini apabila 12 kelab utama di Eropah, termasuk 6 dari EPL bersetuju untuk membentuk European Super League dengan diketuai oleh Presiden Real Madrid, Florentino Perez.
Namun begitu setelah mendapat bantahan keras dari penyokong serta pemain kelab, 6 kelab tersebut iaitu Man United, Liverpool, Man City, Chelsea, Arsenal dan Spurs telah menarik diri dari pakatan tersebut.
Hukuman untuk 6 kelab itu belum lagi ditentukan meskipun terdapat cadangan bahawa kelab itu harus dihukum dengan keras dan dikenakan pemotongan mata.
Menurut The Times, Premier League bersedia untuk mengubah undang undang untuk memastikan mereka bersedia dan perkara ini tidak lagi akan berlaku di masa akan datang.
Undang undang itu akan dicetak secepat mungkin, dengan menjelaskan bahawa mana mana kelab yang menyertai kejohanan tidak sah bakal digugurkan dari EPL pada masa hadapan.
Menurut sumber :
"Ini adalah peringatan dan amaran buat mana mana kelab Inggeris yang berhasrat menyertai ESL pada masa hadapan".
Kegagalan ESL akan menyaksikan banyak kelab kelab elit akan kehilangan kuasa mereka dalam dunia bolasepak Eropah dan menjadi titik tolak perubahan besar dalam kancah bolasepak tersebut.
Sebahagian pemilik kelab itu kini berhadapan dengan risiko terpaksa menjual kelab itu selain berhadapan dengan protes berterusan daripada peminat kelab itu sendiri.
Penyokong Arsenal dijangka melakukan protes terhadap pemilik kelab di luar Emirates menjelang perlawanan menentang Everton pada awal pagi Sabtu dengan mahu keluarga Kroenke menjual kelab tersebut secepat yang mungkin.
Dan protes berterusan dijangka berlaku juga menjelang perlawanan akhir Carabao Cup yang menemukan Man City dan Spurs pada Ahad hadapan.
ADMIN
Berani buat berani tanggung.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment