Skip to main content

Amaran Florentino Perez Terhadap Liverpool : "Anda Telah Menandatangani Kontrak Persetujuan"

The Reds telah melakukan "u - turn" dari menyertai European Super League setelah menerima kritikan dari peminat, pengulas dan pemain serta staf sendiri.


Dan Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah melaungkan amaran kepada Liverpool mengenai penarikan diri dari pakatan haram tersebut.

Sebelum ini Liverpool secara kontroversi telah menyertai dan menjadi sebahagian dari pengasas kejohanan itu selain dari kelab Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, Man United, Man City dan beberapa kelab lain.

Kejohanan baru ini terdiri daripada 15 pasukan - 12 telah diumumkan serta merta dengan jaminan kelayakan setiap musim dengan limpahan kewangan yang banyak manakala 5 lagi pasukan diundang berdasarkan merit kejohanan.

Kesemua pasukan itu telah dikecam hebat, rata rata oleh peminat mereka sendiri berikutan keputusan tersebut. 

Chelsea dan Man City antara yang terawal meninggalkan gabungan tersebut, diikuti oleh Man United, Liverpool dan Arsenal dan kini hanya tiga pasukan yang menganggotai pakatan tersebut. 

Kelab kelab EPL itu kini berhadapan ancaman undang undang dari FA dan UEFA, namun kini dijangka berhadapan tindakan pula dari pengasas European Super League itu sendiri.

Perez selaku presiden gabungan dan juga Real Madrid, telah mendedahkan bahawa kesemua pasukan itu telah menandatangani statut persetujuan bersama ketika penubuhan.

Menurut Perez menerusi El Chringuito :

"Kontrak Super League telah termeterai. Tiada siapa boleh melangkah pergi dan kita akan bekerjasama selepas ini",

"Semua kelab telah menandatangani kontrak. Tiada masalah mengenai ini".

Perez juga mendedahkan mengapa kejohanan ini ditubuhkan.

"Banyak kelab kelab besar di Spain, Italy dan UK cuba mencari jalan penyelesaian untuk kemelut kewangan yang mereka hadapi".

"Salah satu caranya adalah bermain lebih banyak perlawanan. Selain bermain dalam UCL, bermain dalam Super League adalah salah satu cara untuk mendapatkan dana".

"Di Madrid, kami kehilangan banyak wang. Kami menghadapi krisis yang sangat serius".

"Tiada keuntungan dan kami harus bermain lebih perlawanan".

"Super League akan menyelamatkan kami dari segi kewangan".

ADMIN

Sekarang main ugut ugut pula? 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

  1. Nama: Malik
    Negara: Indonesia
    Jenis Kelamin.: Pria
    Pekerjaan.::::: Pabrik Tenaga Surya
    WhatsApp.(***+62-877-9447-8178***)
    Lamar Sekarang :(financialserviceauthority400@gmail.com)


    DUBAI FINANCIAL SERVICE AUTHORITY adalah pemberi pinjaman uang yang sah dan bereputasi baik. Mereka meminjamkan uang kepada perusahaan besar dan pabrik yang membutuhkan dukungan keuangan, mereka memberikan pinjaman kepada orang-orang yang memiliki kredit buruk atau membutuhkan uang untuk membayar tagihan mereka untuk berinvestasi dalam bisnis. Jadi, apakah Anda mencari pinjaman mendesak? Anda tidak perlu khawatir karena Anda berada di tempat yang tepat kami menawarkan pinjaman dengan bunga rendah jadi jika Anda membutuhkan pinjaman hubungi mereka sesegera mungkin terutama di era pandemi ini untuk meringankan beban keuangan Anda. Saya mendapat pinjaman Rp.4,5 miliar untuk membayar hutang saya dan melakukan bisnis saya dan juga dalam seminggu saya memiliki hak untuk memperkenalkan kepada mereka seorang teman saya yang berada di Malaysia sejak saya berhasil sehingga dia juga mendapatkan pinjamannya senilai RM 270.000.
    ____WARNING: Harap berhati-hati di blog ini, jangan mencari pinjaman dari pemberi pinjaman yang fiktif. Saya telah ditipu 3 kali oleh pemberi pinjaman palsu dan saya dapat membuktikan kepada Anda bahwa dengan DUBAI FINANCIAL SERVICE AUTHORITY Anda sama sekali tidak perlu takut. Perusahaan ini ditahbiskan oleh Allah jadi hubungi mereka sekarang untuk pinjaman Anda. Semoga Allah Membantu Anda.

    email:((m7472736@gmail.com))


    Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football