Namun pengurus Liverpool menegaskan pemain itu kini berada dalam situasi yang baik dalam program pemulihan beliau.
Beliau juga menegaskan bahawa perjalanan pemulihan beliau "masih jauh" sebelum boleh kembali berlatih bersama pasukan.
Baru baru ini Virgil Van Dijk memuatnaik foto melalui laman Instagram beliau di mana sedang menjalani latihan pemulihan dengan melakukan larian setelah mengalami kecederaan lutut sejak Oktober lepas.
Dan ditanya mengenai kecergasan pemain itu pada sidang media, Klopp berkata :
"Saya tidak lagi mempunyai banyak perkataan bahasa Inggeris untuk menggambarkan situasi beliau ketika ini. Ya - beliau sedang melakukan latihan larian, Hendo juga melakukan latihan larian, Joe juga begitu dan juga Joel Matip. Ianya perkembangan yang baik, cuba anda bayangkan mereka tidak melakukan larian sekarang".
"Mereka melakukan latihan pemulihan dan ianya sentiass bermula dengan larian lurus. Saya tidak pasti samada anda ada melihat Virgil melakukan larian secara membengkok atau kekal lurus, saya tidak pasti akan itu. Jadi ianya masih banyak tahap yang perlu dilalui sebelum menyertai semula latihan berpasukan".
"Terutama kecederaan jangka panjang. Banyak yang perlu dilalui dan perjalanan itu masih jauh".
"Tiada siapa memberitahu saya mereka telah bersedia minggu hadapan. Tiada perubahan namun mereka dalam situasi yang baik".
Namun begitu Klopp juga mendedahkan tiada isu kecederaan terkini buat masa sekarang.
ADMIN
Beliau belum bersedia. Harap bersabar. YNWA.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment