Beliau tidak pasti di mana akan bermain dalam masa 6 bulan lagi selepas dipinjamkan ke Southampton awal tahun ini.
Permulaan Minamino dalam kehidupan di Liverpool amat mudah, sehingga ketibaan Covid 19 yang merencatkan integrasi beliau ke dalam pasukan selama beberapa bulan.
Ianya bermakan beliau terpaksa duduk terasing di bandaraya baru buat sementara, dengan mendedahkan beliau ingin kembali ke Japan ketika itu dan cabaran mental yang amat tinggi ketika lockdown.
Pemain berusia 26 tahun ini telah melakukan 31 penampilan bersama The Reds, hampir kesemuanya dari bangku simpanan atau pasukan yang telah digilirkan sekaligus menjejaskan rentak dan penyesuaian beliau dalam skuad utama.
Beliau amat memerlukan minit permainan untuk memecahkan masuk ke dalam pasukan, dan meminjamkan pemain itu ke Southampton adalah cara terbaik untuk meningkatkan prestasi beliau.
Minamino tidak begitu yakin di mana masa depan selepas ini tetapi berharap dapat memulihkan keyakinan dan mengembalikan prestasinya ke tahap lebih baik adalah sasaran utama.
Menurut Taki menerusi Kyodo News :
"Ianya sukar untuk mendapat peluang bermain dalam pasukan. Namun ianya cabaran buat saya sejak awal lagi jadi ianya bukan mindset yang negatif buat saya walaupun di pusat latihan".
"Saya hanya mencuba untuk bermain untuk pasukan, bermain dalam kesebelasan utama dan cuba untuk mencari jalan apa yang perlu saya lakukan untuk mencapai sesuatu dalam pasukan".
"Saya tumpukan apa yang saya boleh lakukan sekarang. Saya seorang pemain bolasepak dan saya sendiri tidak pasti di mana saya berada dalam masa 6 bulan mendatang tetapi saya mahu bermain di peringkat tertinggi".
"Saya akan terus bekerja keras untuk meningkatkan prestasi saya dan di akhir musim ini kita akan lihat bagaimana".
"Anda harus bermain dalam pasukan untuk memahami corak permainan. Itu sebabnya saya memilih untuk berada di sini. Saya tidak terfikir mahu meninggalkan Liverpool jika hanya memikirkan sahaja mengenai bagaimana cara saya meningkatkan prestasi"
Minamino kini melakukan 6 penampilan bersama Southampton dan kini menumpukan 6 lagi perlawanan untuk meraih minit permainan semaksimum yang mungkin
Jurgen Klopp sebelum ini mendedahkan Taki adala projek jangka masa panjang kelab dan memberi bayangan satu lagi proses peminjaman ke kelab lain akan dilakukan.
ADMIN
Usaha lagi Taki. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Wijnaldum dh jual,blh lh guna,wijnaldum dh hujung2 prestasi dh,plus kena buat back up plan utk ganti 3 serangkai yg sebelum2 ni garang,skrg dh jadi jinak🤦🤦🤦
ReplyDelete