Skip to main content

Liverpool FC U.18 Tewaskan Arsenal U.18 Untuk Mara Ke Separuh Akhir Piala Remaja FA 2021

Ketika perlawanan itu berlangsung dengan keputusan 3 - 1, Jurgen Klopp turut berada di tepi padang.


Skuad kendalian Marc Bridge Wilkinson berada dalam tahap terbaik sebelum perlawanan ini dengan memenangi 6 daripada 7 perlawanan liga sebelumnya - dengan menjaringkan 6 gol ke atas tiga pasukan.

Antara nama yang menarik perhatian adalah kehadiran bintang remaja berusia 17 tahun, Mateusz Musialowski - dan sememangnya menarik perhatian apabila menjaringkan gol ketiga pasukan dalam perlawanan ini. 

Gol gol sebelumnya dijaringkan oleh Max Woltman dan James Norris. 

Musialowski memperdayakan pertahanan Arsenal sebelum melepaskan rembatan melepasi penjaga gol Arsenal. Ianya serangan pantas yang menarik, terhasil oleh pemain tengah serangan James Balagizi.

Balagizi juga yang turut menyumbang satu assist buat Woltman menjaringkan gol kedua sebelum separuh masa pertama berakhir. 

Woltman sebelum ini menjaringkan 8 gol dari 5 penampilan terakhir dengan menjaringkan gol kedua dari sudut yang mustahil.

Manakala James Norris menyempurnakan sepakan penalti apabila Tyler Morton dijatuhkan.

Pasukan Arsenal berjaya memperolehi gol bagi merapatkan jurang, apabila Billy Koumetio melakukan kekasaran dan Miguel Azeez mudah menyempurnakan sepakan penalti melepasi Harvey Davies.

Terdapat tekanan dari Arsenal di hujung perlawanan bagi merapatkan kedudukan sekaligus menghidupkan peluang mereka ke separuh akhir namun pasukan remaja Liverpool itu kekal bertahan hingga wisel penamat.

Pasukan Liverpool U.18 akan menentang Ipswich Town dalam aksi separuh akhir, bagi memburu gelaran kedua dalam masa tiga musim.

ADMIN

Tahniah anak muda Reds. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football