Nilai pemain itu dijangka susut berikutan persembahan The Blades pada musim ini.
Liverpool sebenarnya banyak memasukkan klausa klausa tertentu dalam perbincangan perpindahan pemain, dengan menetapkan segenap jumlah syarat yang tidak terfikir oleh kebanyakan kelab Eropah ketika ini.
Perpindahan Coutinho ke Barca pada 2018 misalnya, dengan Michael Edwards telah memasukkan klausa di mana kelab itu harus membayar premium sekurang kurangnya £100 juta kepada mana mana pemain yang mereka berminat dalam jangka masa tertentu.
Klausa yang nampak pelik, tetapi itu merupakan cara alternatif dalam Liverpool untuk menguasai pasaran perpindahan pemain mereka.
Manakala klausa penjualan semula dimasukkan dalam perpindahan beberapa pemain seperti Danny Ings, Ryan Kent, Rafa Camacho dan Ki Jana Hoever dengan Liverpool memanipulasi kontrak perjanjian antara kelab pembeli.
Jika Liverpool terjebak dalam situasi di mana pemain tersebut tiba tiba meningkat prestasinya, klausa penjualan itu merupakan penawar bagi kelab yang mungkin melakukan kesilapan menjual pemain tersebut.
Musim lepas menyaksikan Edwards dan Liverpool melakukan perpindahan keluar yang tidak popular terhadap Rhian Brewster, di mana pemain itu dikategorikan sebagai prospek muda terbaik kelab.
Kebanyakan peminat mengharapkan pemain muda itu dipinjamkan dan bukan dijual, namun kelab mempunyai sebab tersendiri dan keputusan itu kini semakin tepat.
Ketika perjanjian itu termeterai, nilai Brewster itu amat tinggi dengan pemain itu meningkat naik hanya bersama Swansea City selama 6 bulan sahaja.
Beliau menjaringkan 10 gol dari 19 penampilan sahaja, dengan Chris Wilders ketika itu memerhati dengan penuh minat terhadap prospek pemain muda tersebut.
Namun begitu beliau tidak dapat mengulangi pencapaiannya di Swansea di Sheffield United, dan sekiranya pemain itu dipinjamkan semusim maka Liverpool tidak akan mendapat nilai jualan setinggi £25 juta ketika ini.
Ketika itu Edwards juga memasukkan klausa pembelian semula terhadap perjanjian Brewster, di mana Liverpool mendapat prioriti membeli semula pemain itu jika menunjukkan prestasi terbaik di Sheffield United mendahului mana mana pesaingnya.
Selain itu klausa penjualan semula sebanyak 15% turut dimasukkan, bermakna Liverpool turut memperolehi keuntungan jika pemain itu dijual semula selepas prestasinya meningkat namun tidak mencapai tahap yang dimahukan Liverpool.
Buat masa sekarang nilai Brewster jauh lebih rendah dari harga pembelian £25 juta, dan itu bukanlah kesilapan Liverpool namun lebih kepada masalah produk Sheffield United itu sendiri yang mencipta peluang lebih kurang dari mana mana pasukan EPL buat masa sekarang.
Langkah kelab untuk menjual Brewster adalah sesuatu yanh berani dilakukan, namun kelab meminimakan risiko dengan memasukkan pelbagai klausa dalam menjual pemain berbanding pinjaman dilihat sebagai satu langkah yang bijak ketika itu.
ADMIN
Cukup bijak Michael Edwards. Transfer guru. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment