Skip to main content

Allan St Maximin "Sekolahkan" Peminat Liverpool Yang Mahukan Tukarkan Beliau Untuk Mane

Beliau menyatakan peminat itu "tidak bersyukur" dengan apa yang dimiliki sambil menyatakan ianya mengambil masa lama untuk beliau sampai ke tahap Sadio Mane.


Pemain sayap Newcastle ini merupakan antara pemain yang menyerlah dalam perlawanan menentang Liverpool dengan aksi berkesudahan seri 1 - 1.

Dan gol penyamaan itu berpunca dari kekasaran sinikal oleh Fabinho terhadap pemain tersebut di babak akhir perlawanan, dengan gol dijaringkan oleh Joe Willock ketika itu. 

Dalam perlawanan tersebut, beliau melakukan 8 takes on, lebih banyak daripada mana mana pemain Newcastle ( 6 ) dan hanya kurang 2 daripada mana mana pemain Liverpool ( 10 ) ketika itu. 

Berusia 24 tahun, beliau dijangka akan meneruskan karier di salah satu kelab elit di Eropah namun mendedahkan beliau mempunyai tahap yang jauh lebih rendah berbanding Sadio Mane menerusi satu "cuitan" di Twitter.

Menerusi satu post yang kini telah dipadamkan di Twitter, seorang peminat mengemukakan soalan :

"Bolehkan anda datang ke Anfield dan Sadio Mane berpindah ke tempat anda sekarang?"

Berikut adalah jawapan dari Allan :

"Saya tahu anda berfikir ianya mesej yang bagus untuk saya tetapi saya tidak sukakan ini. Hormatilah beliau dan anda sebenarnya tidak tahu bersyukur, beliau melakukan segalanya untuk Liverpool dan perjalanan saya masih jauh untuk mencapai level Mane" 

Ketika ini ramai yang mempersoalkan penglibatan Mane dalam pasukan, dengan pemain itu bergelut dengan prestasi sejak akhir akhir ini.

Awal pagi Selasa lepas beliau telah melenyapkan kemarau gol beliau namun gagal menjaringkan gol meskipun memperolehi 6 peluang dan hanya satu saja tepat ke gol.

Dan beliau juga dikritik kerana gagal menyudahkan peluang 1 lawan 1 ketika menentang Newcastle, dengan Mo Salah melakukan hantaran tersebut kepada beliau sekaligus mendedahkan Mane masih terganggu fikirannya buat masa sekarang.

Sudah pasti Klopp selepas ini masih percaya akan kemampuan Sadio Mane, namun ia jelas menimbulkan persoalan samada penambahbaikan di bahagian serangan akan menjadi prioriti buat kelab pada musim panas hadapan.

ADMIN

Jenis peminat tak tau bersyukur. Asal mendap je jual pemain. 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football