Skip to main content

Liverpool Persiakan Peluang Ke Top Four : Seri 1 - 1 Dengan Leeds United

Sadio Mane membuka gol di separuh masa pertama namun Llorente menyamakan kedudukan 5 minit sebelum tamat perlawanan.


Jurgen Klopp kehilangan khidmat Nat Phillips berikutan kecederaan hamstring, dan meletakkan Fabinho di bahagian pertahanan dan merehatkan Mo Salah dalam perlawanan ini dengan Jota diturunkan dalam kesebelasan utama.


Manakala Leeds kehilangan khidmat Raphinha namun menurunkan penyerang terbaik mereka Patrick Bamford, dan melakukan warm up untuk solidariti kepada UCL.


The Reds memulakan perlawanan dengan baik, apabila Thiago melakukan percubaan luar petak menguji Meisler pada minit ke 4, namun ditepis keluar ke atas palang. 

Minit ke 16 menyaksikan Roberto Firmino melakukan percubaan tepat ke gol namun kali ini tepat ke Meisler. 

Leeds hampir mendapatkan gol pendahuluan pada minit ke 23, apabila Fabinho melakukan kesilapan hantaran yang dipintas pemain Leeds dan melorongkan buat Bamford tetapi percubaan beliau dinafikan Alisson yang meluru keluar selepas itu. 

Liverpool akhirnya memperolehi gol pendahuluan apabila Jota melakukan satu hantaran silang ke Trent, dikuis ke tengah dan disambar Mane ke dalam gol di minit ke 30. 

Roberts kali ini cuba untuk menewaskan Alisson apabila melepaskan rembatan leret hasil cutback pada minit ke 40 tetapi didakap kemas oleh penjaga gol antarabangsa Brazil tersebut. 

Babak pertama berakhir dengan Liverpool mendahului pasukan tuan rumah. 

Bersambung babak kedua, kedua dua pasukan memperkemaskan permainan untuk memburu gol selanjutnya. 

Firmino berjaya melepasi kawalan dua pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan, namun ditepis Meisler dengan tandukan Jota hasil sepakan sudut selepas itu juga tinggi melewati palang pada minit ke 47.

Pasukan tuan rumah semakin menguasai perlawanan selepas minit ke 55 menerusi hantaran jauh, dengan Costa hampir mendapatkan gol penyamaan di minit ke 59 tetapi kuisan near postnya tinggi dan berada pada kedudukan ofsaid.

Minit ke 68 menyaksikan Roberts melepasi kawalan 2 pertahanan Liverpool, melorongkan bola untuk Harrison melepaskan rembatan ke gol tetapi kaki Alisson menjadi penghalang.

Klopp melakukan pertukaran pertama dengan memasukkan Mo Salah untuk Mane di minit ke 70. 

Minit ke 74 menyaksikan kawalan cantik Bamford menerusi hantaran silang, disudahi dengan sepakan lambung tetapi terkena palang gol Liverpool. 

Dua minit berselang, Roberts mendapat peluang terbaik melepaskan rembatan ke gol tetapi Alisson bertindak cemerlang menepis rembatan yang terkena dada beliau itu. 

Leeds hampir dihukum dengan kealpaan Meisler pada minit ke 80, apabila terlepas jangkauan sepakan sudut yang ditanduk Fabinho dengan tandukan susulan ke gol oleh Jota namun Meisler sempat tiba ke posisinya. 

Ianya penampilan Jota yang akhir dari percubaan itu sebelum digantikan oleb Oxlade.

Tuan rumah akhirnya mendapatkan gol penyamaan yang dicari apabila sepakan sudut berterusan akhirnya ditanduk Llorente ke dalam gawang tanpa dikawal oleh sesiapa pun pada minit ke 86. 

Dan Liverpool harus menyalahkan diri sendiri dengan tidak berhasil mencari gol penyamaan dengan percubaan lemah Oxlade di hadapan gol di masa kecederaan tidak cukup buat Liverpool yang akhirnya berpuas hati dengan berkongsi mata dengan tuan rumah.

ADMIN

Sukar Liverpool bermain dengan baik pada second half dan akhirnya dihukum dengan gol penyamaan. Apapun YNWA. 


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football