Skip to main content

Jurgen Klopp : "Saya Gembira Liverpool Meninggalkan ESL, Namun Format Baru UCL Mengarut"

Beliau mempersoalkan format baru UCL yang diumumkan UEFA baru baru ini. 


Dan Klopp mendakwa beliau tidak gemarkan perubahan format UCL, meskipun mengakui ianya lebih baik dari ESL.

Fokus bolasepak minggu ini terarah kepada berita perpecahan dan pengembalian semula kelab kelab elit ke kancah Eropah, tetapi proposal untuk mengubah format UCL bermula 2024 tetap menjadi isu utama pada minggu ini. 

Format terbaru kejohanan itu mendedahkan 36 pasukan diletakkan dalam satu liga yang besar, dengan setiap pasukan hanya akan bermain 10 perlawanan sahaja dalam liga dengan 5 perlawanan di gelanggang sendiri dan 5 di gelanggang lawan. 

8 pasukan teratas akan mara secara automatik ke peringkat pusingan kedua kalah mati 16 pasukan mana, dengan pasukan di tangga ke 9 hingga 24 akan melalui pusingan playoff secara timbal balik.

Kelayakan ke UCL itu juga amatlah kontroversi dengan Klopp menentang perubahan yang dilakukan tersebut secara jujurnya.

Menurut Klopp :

"Semua pihak tahu akan pandangan saya mengenai lebih banyak perlawanan".

"Ya, pembatalan Super League amat baik. Tetapi bukan bermakna format UCL terbaru itu lebih baik".

"UEFA telah menunjukkan saya idea mereka dan saya tidak sukakannya. 10 perlawanan berbanding 6 sebelumnya. Tidak pasti di mana mereka mahu letakkan perlawanan itu".

"Mungkin UEFA boleh memohon FA England memansuh satu kejohanan piala domestik mereka atau mengurangkan pasukan di EPL menjadi 18 pasukan".

"Satu satunya pihak yang tidak mendapat pandangan mengenai perubahan adalah jurulatih, pemain dan penyokong. Mungkin peminat akan menyatakan pasukan dibayar dengan wang yang banyak, namun situasi pemain kini amatlah kritikal".

"Percayalah, semua jurulatih yang terlibat dalam kejohanan Eropah akan berfikir benda yang sama. Dan itu memberikan petanda format ini agak keterlaluan".

"Ianya sentiasa mengenai bermain lebih perlawanan. Struktur bolasepak sekarang tidak sesuai dengan 20 perlawanan liga sekalipun, bermain dalam kejohanan domestik dan menghabiskan perlawanan Eropah sebelum Krismas".

"Kami tidak pernah ditanya. Kami hanya disuruh menjalankan tugas kami".

ADMIN

Tak semestinya UEFA tu bagus sangat. Tambahan 4 perlawanan dari grup stage lama memang memenatkan. YNWA Klopp.

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football