Beliau melaungkan amaran kepada FSG berikutan penglibatan kontroversinya dalam European Super League.
Liverpool terlibat menjadi salah satu kelab pengasas untuk liga tersebut dengan perpecahan itu telah diumumkan baru baru ini.
Namun begitu selepas pemain Liverpool bersama sama Jurgen Klopp menentang penglibatan tersebut, The Reds telah menarik diri dari pakatan tersebut bersama sama Man United, Man City, Spurs, Arsenal dan Chelsea.
Namun sebelum itu Carra telah melancarkan serangan terbaru terhadap hierarki kelab serta pemilik Liverpool FC.
Menurut Carra menerusi Sky Sports :
"Saya kini berfikir situasi pemilik Liverpool bagaimana mereka mahu meneruskan tugas mereka ketika ini".
"Mereka tidak boleh meninggalkan kelab begitu saja, di samping itu ia melibatkan banyak urusniaga".
"Tetapi saya tidak dapat melihat bagaimana masa depan pemilik kelab jika terus berada di sini".
Kebanyakan peminat Liverpool amat marah dengan tindakan pemilik hingga menggantung banner tertera "LFC Fans Against Super League" dan "Shame On You - RIP LFC 1892 - 2021".
Tambah Carra :
"Ianya sesuatu yang amat sukar dilupakan".
"Perkara terbaik buat mereka adalah mencari pemilik baru kelab. Saya berpendapat hubungan mereka dengan peminat Liverpool dan kelab akan menjadi lebih sukar selepas ini".
ADMIN
Memang hubungan FSG dan peminat sukar pulih buat masa sekarang.
Sumber : Sky Sports
Comments
Post a Comment