Ianya termasuk kelab lain seperti Arsenal, Spurs, Chelsea dan Man City dengan merupakan salah satu plot bagi menamatkan era UCL.
Dan kini perang antara UEFA dan pasukan gergasi di Eropah sedang berlangsung dengan hangat.
Memburukkan keadaan, 6 kelab "Big Six" EPL terlibat dalam peperangan tersebut.
Ini mencetuskan kemarahan peminat yang melabelkan kelab mereka sendiri sebagai tamak, sementara badan bolasepak Eropah melaungkan kemarahan dengan kerajaan turut masuk campur dengan melabelkan kelab kelab bakal menutup kedai mereka sendiri.
Pengumuman ini amat tepat pada masanya dan sememangnya kejam, dengan UEFA ingin mengumumkan format baru UCL yang mengandungi 36 pasukan pada musim 2024.
Jelas sekali beberapa kelab tidak setuju dengan keputusan UEFA tersebut Bukan sahaja Big Six EPL, malahan beberapa kelab gergasi Eropah seperti Juventus, Real Madrid, Barcelona dan AC Milan turut berada di kelompok tersebut.
Pengerusi Juventus Andrea Agnelli adalah orang di sebalik plot perpecahan ini dengan beliau juga merupakan pengerusi Persatuan Kelab Eropah ( ECA ).
Bulan lepas, ECA telah menyebabkan UEFA untuk menangguhkan pengumuman untuk format baru UCL bermula 2024.
Dan kini mereka melakukannya lagi dengan tiada tanda tanda untuk mengalah atau tidak mahu menarik balik kenyataan mereka.
Mereka tahu dan sedar apa yang mereka lakukan kerana tidak tahan dengan karenah UEFA yang terburu buru untuk memperkenalkan sesuatu tanpa merujuk kepada kehendak kelab di bawah mereka.
Punca peperangan ini kelab mahukan imbuhan yang lebih dari segi hak komersial, perjanjian penyiaran TV dan percaya UEFA harus bertindak sebagai pengawal selia kejohanan dan bukan rakan kongsi komersil.
Kelab kelab ini juga sudah jemu dengan tindakan UEFA mengaut sebahagian besar keuntungan kelab dengan mereka kinI bergelut dengan pandemik yang berpanjangan - selain dari mengambil risiko membeli pemain, menganjurkan perlawanan terbaik dan merekalah yang menjual tiket kepada penonton.
Mereka juga berundur dari pelan asal yang mahukan lebih banyak kelab lain menyertai kejohanan Eropah berdasarkan UEFA Coefficent - melayakkan diri berdasarkan penglibatan bolasepak Eropah yang lampau.
Namun mereka merasakan UEFA telah mengabaikan suara mereka, selain daripada menyisihkan kelab elit itu dari sebarang perbincangan namun mahukan wang dari mereka.
Di mata kelab kelab elit ini, UEFA lah yang tamak sebenarnya.
Kelab kelab ini belum lagi mencapai keputusan dengan UEFA setakat ini terhadap perkara seperti Financial Fair Play, jadual perlawanan antarabangsa dan domestik serta jadual perlawanan Europa League serta Conference League.
Puncanya adalah kelab kelab besar mahukan UEFA untuk mengawalselia kejohanan dan bukan rakan komersil.
Namun kini ECA serta kelab kelab besar telah hilang hak suara kepada UEFA dengan peminat melihat kelab mereka itu kelihatan tamak.
ADMIN
UEFA nak umumkan format baru UCL, terus kelab kelab besar ini "keluar parti". Nampak gelabah dah UEFA.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment