Jurgen Klopp sedang mempertimbangkan untuk mencari pengganti Gini Wijnaldum.
Wijnaldum dijangka akan terus bermain bersama Liverpool di bulan bulan akhirnya di Merseyside dengan kontrak beliau akan berakhir pada hujung musim ini.
Meskipun Wijnaldum boleh melanjutkan kariernya di Liverpool dengan menandatangani kontrak lanjutan, namun ianya sukar berlaku dengan pemain itu mungkin mengintai perpindahan ke Barcelona.
Dengan status Wijnaldum sebagai salah seorang pemain utama kelab, beliau harus digantikan dengan pemain lain dari luar meskipun terdapat bakat muda yang mampu mengisi kekosongan itu seperti Curtis Jones dan Jack Cain.
Dan salah satu pemain yang dikhabarkan untuk menyertai Liverpool adalab Yves Bissouma, dengan ejen pemain itu mendakwa beliau telah menerima "banyak tawaran" dari kelab lain termasuk Liverpool.
Bissouma telah mengukuhkan reputasi beliau selaku pemain utama kelab buat masa sekarang, dengan The Athletics mendakwa Brighton telah meletakkan harga setinggi £40 juta untuk khidmat pemain tersebut.
Menurut Andy Naylor, koresponden Brighton untuk The Athletics :
"Pemilik dan pengerusi Tony Bloom tidak akan melayan tawaran di bawah £40 juta untuk pemain tersebut".
Naylor juga mendakwa Brighton amat tenang dalam situasi tersebut, tiada tekanan untuk menjual pemain dan hanya tawaran terbaik untuk pemain itu sahaja akan dierima.
Namun semuanya juga akan berubah jika Brighton disingkirkan dari EPL dengan kekalahan terbaru ke atas Sheffield United baru baru ini.
Brighton kini berada di kedudukan 17 EPL, 7 mata di atas Fulham di kedudukan 18 serta 10 mata dari WBA dengan baki 5 perlawanan liga.
Dengan harga £40 juta, ianya satu nilai yang berbaloi untuk pemain antarabangsa Mali itu jika Liverpool berhasrat mencari pengganti Wijnaldum, dengan Bissouma telah sebati dalam kancah EPL buat masa sekarang.
ADMIN
Memang antara target tetapi menarik untuk disaksikan pada musim panas nanti. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment