Berita ini menggembirakan seluruh penyokong kelab-kelab dari EPL dan juga seluruh peminat bola sepak yang membantah projek ini dimana ianya hanya beri kelebihan kewangan kepada kelab-kelab besar tersebut.
Selama beberapa hari, berita mengenai projek ini meresahkan seluruh peminat dan penyokong bola sepak Eropah terutamanya setelah satu gerakan yang terdiri daripada 12 kelab besar ingin mencipta pertandingan sendiri yang diberi nama European Super League.
Idea ini timbul setelah ketidakpuasan hati terhadap badan induk bola sepak eropah, UEFA yang tidak telus dan tidak memberi ganjaran yang lebih baik kepada pasukan-pasukan ini.
12 pasukan ini ingin mendapatkan lebih banyak wang dikala pandemik yang berlaku ketika ini yang membuatkan mereka kerugian wang. 12 pasukan ini dan akan disertakan dengan 3 pasukan asas lagi dalam penubuhan European Super League.
Tetapi malangnya segala idea ini ditentang oleh hampir seluruh penyokong dan peminat bola sepak seluruh dunia kerana tidak menjamin kepada masa depan sukan bola sepak ini.
Kelab-kelab England ini kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi keluar daripada projek tersebut.
Kemenangan berpihak kepada penyokong dan kesan kepada pemilik untuk meneruskan lagi kelab dalam pandemik yang melanda seluruh dunia ini.
Admin
Benar apa yang diperkatakan oleh Bill Shankly :
At a football club, there’s a holy trinity: the players, the manager and the supporters. Directors don’t come into it. They are only there to sign the cheques.
Comments
Post a Comment