Bekas kapten Liverpool tersebut percaya penyokong harus ketepikan kemarahan mereka kepada pemilik Liverpool atas skandal mencipta pertandingan European Super League.
Seiring dengan seluruh peminat bola sepak yang lain, kebanyakan penyokong Liverpool masih sombong dengan berusaha untuk menghentam cadangan European Super League setelah kelab-kelab tersebut mengugut untuk beroperasi sebagai pertandingan kelab persendirian berbanding sebuah pertandingan yang mengambil kelayakan melalui merit.
Walaupun penarikan diri oleh FSG dan kelima-lima kelab tersebut yang bersetuju untuk menjadi kelab pengasas pertandingan tersebut, namun kumpulan Spirit Of Shankly menggambarkan permohonan maaf pemilik Liverpool John W Henry adalah 'hampa'.
Bagaimanapun, Redknapp sarankan kepada penyokong untuk melihat ke hadapan berbanding ke belakang dan menggesa mereka supaya tidak menyimpan dendam terhadap hierarki kelab yang berpusat di Amerika Syarikat tersebut.
Jamie Redknapp :
"Penyokong berjaya dapatkan apa yang mereka mahukan."
"Ianya sangat penting, sudah pasti akan ada kemarahan terhadap pemilik. Saya fahaminya."
"Mereka melakukan kesalahan yang besar, semua orang membuat kesilapan dalam hidup. Apa yang anda lakukan adalah minta maaf dan teruskan hidup."
"Sekiranya mereka menjual kelab, sesiapa yang membeli pasti akan dalam posisi yang sama."
"Mereka tidak akan menjadi penyokong Liverpool bermula dari hari pertama. Ianya adalah kuasa dan duit. Berhati-hati dengan apa yang anda inginkan."
Sememangnya benar apa yang Redknapp cakapkan. Tiada siapa melihat pelaburan dalam bola sepak dan tak mahukan keuntungan.
Cuma kali ni adalah kesilapan daripada FSG itu sendiri yang mahukan duit lebih untuk bersaing bersama kelab kaya lain atau jadikan itu sebagai keuntungan.
Admin
Setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Redknapp. Tiada pelabur yang melabur dalam sukan atau apa saja model pelaburan tidak mahu mengambil keuntungan.
Comments
Post a Comment