Skip to main content

Aleksander Ceferin : "Jurgen Klopp Boleh Rasa Sendiri Pengurangan Gaji Selepas Ini".

Meskipun isu ESL belum lagi reda, perubahan format UCL dari 32 kepada 36 pasukan turut menjadi agenda utama.


Dan Jurgen Klopp telah diberikan amaran oleh Presiden UEFA tersebut dengan mendakwa beliau akan merasa sendiri pengurangan gaji tersebut jika mahukan perlawanan yang kurang dalam UCL.

Antara cadangan UEFA untuk perubahan format UCL adalah memansuhkan Liga Kumpulan dengan bermain dalam satu liga besar 36 pasukan sebelum ke pusingan kalah mati, sekaligus menambah jumlah perlawanan setiap kelab.

Namun ianya menimbulkan keresahan buat pengurus Liverpool itu dengan mendakwa perubahan itu akan menambahkan perlawanan dalam situasi jadual padat yang sedia ada. 

Berikut adalah kenyataan Jurgen Klopp sebelum perlawanan menentang Newcastle minggu lepas :

"Sepuluh perlawanan dan kami tiada idea di mana mahu meletakkan perlawanan itu".

"Pemain, jurulatih dan peminat adalah satu satunya golongan yang tidak dapat memberikan pandangan".

"Sentiasa dengan alasan bermain lebih banyak perlawanan. UCL yang baru, apakah alasannya? Wang ... Dan saya tidak tahu bagaimana mahu melakukannya dengan perlawanan yang banyak".

"Ianya sesuatu yang mustahil dengan liga yang mempunyai 20 pasukan, 2 kejohanan domestik dan kejohanan Eropah yang harus ditamatkan sebelum Krismas".

Namun Ceferin membidas balik kenyataan Klopp tersebut, dan menegaskan badan bolasepak Eropah itu amat terbuka dengan idea baru dalam kejohanan tersebut. 

Ceferin turut menyatakan pemain dan pengurus harus menerima hakikat pengurangan gaji jika kejohanan itu kekal pada format yang sama.

Menurut Ceferin : 

"Ada sesetengah jurulatih dan pemain menyatakan ianya terlalu banyak perlawanan".

"Pengurangan perlawanan memang boleh dilakukan, namun gaji pemain dan pengurus harus mengalami pengurangan juga. Anda tidak dapat melakukan pengurangan tapi mendapat lebih dari itu pada setiap masa".

"Saya terbaca ada sesetengah pihak menyatakan kami tidak mahu lebih banyak perlawanan. Saya okay sahaja dengan semua itu. Jika format UCL terus kekal, ianya akan menjadi kejohanan terhebat di dunia".

"Kami melakukan reformasi ini kerana kelab kelab memerlukannya untuk menghadapi krisis kewangan. Kami boleh meneruskan format sedia ada tetapi kelab lain akan bangkrap selepas itu. Siapa yang tersakiti selepas itu? Peminat kelab tersebut".

"Dan saya ingin bertanya kepada mereka, apakah solusi mereka untuk penyelesaian krisis ini? Kami percaya perubahan kami memberikan manfaat kepada semua pihak".

"Namun ianya jelas ianya belum ditetapkan lagi, dan jika ada mana mana pihak mempunyai idea untuk menjaga masa depan bolasepak di rantau ini, saya akan mendengar".

ADMIN

Satu pihak mahu perlawanan kurang, satu pihak nak lebih. Mana mana sajalah. YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan