Skip to main content

Liverpool FC Bakal Melepaskan Gini Wijnaldum Untuk Elakkan Kesilapan "Mesut Ozil"

Pemain itu akan meninggalkan Liverpool secara percuma dengan kelab enggan memenuhi permintaan beliau.


Michael Edwards merupakan individu yang memahami bagaimana pasaran perpindahan ketika dalam situasi tidak menentu. 

Membina skuad yang boleh memenangi UCL dan EPL sejak beberapa tahun lepas dengan bajet yang jauh lebih rendah dari pesaing memerlukan kemahiran dan pengalaman yang luas dalam pasaran ini.

Namun bukan semua keputusan yang dilakukan oleh pengarah urusan ini secara umumnya disukai oleh peminat. 

Kesemua mata peminat kelab ini tertumpu dengan lanjutan kontrak Gini Wijnaldum yang kini menghampiri penghujungnya.

Echo difahamkan Liverpool tidak berniat untuk mengubah apa apa tawaran baru yang dikemukakan terhadap pemain itu dengan wakil Wijnaldum turut gagal mempersetujui tawaran yang dilakukan oleh Liverpool juga.

Pemain itu sendiri tidak yakin bahawa tawaran baru itu tidak menggambarkan nilainya buat masa sekarang di kelab. 

Situasi yang tidak menentu ini juga sudah pasti dialu alukan oleh sebahagian peminat Liverpool buat masa sekarang.

Wijnaldum juga telah beraksi dalam untuk kelab lebih 200 kali dan memiliki 133 kemenangan bersama kelab sebelum ini. 

Meskipun beliau beraksi dengan baik untuk Liverpool mengecapi kejayaan sejak kebelakangan ini, tidak dinafikan beliau juga menjadi sasaran kritikan sebahagian peminat yang mungkin tidak nampak akan kehadiran beliau ketika mengisi ruang, mengekalkan penguasaan bola dan melakukan assist sekali sekala ketika bermain. 

Jurgen Klopp tidak menafikan kualiti yang dimiliki pemain ini bersama Liverpool tetapi harus menerima buah fikiran Edwards demi kelangsungan kelab. 

Berusia 30 tahun, peminat hanya boleh membayangkan apakah sumbangan beliau untuk kelab dalam beberapa tahun lagi dengan situasi jadual perlawanan yang agak padat ketika ini. 

Penurunan prestasi ketika ini mungkin dapat dijelaskan dengan situasi prestasi rakan sepasukan yang kini juga mengalami penurunan prestasi, kecuali Mo Salah dan Andy Robertson yang bermain lebih minit permainan dari mana mana pemain ketika ini. 

Namun untuk kelab seperti Liverpool yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh seperti pesaing mereka yang lain namun mahu memburu gelaran kejuaraan, melakukan keputusan terbaik juga sama pentingnya dengan perpindahan masuk ke dalam kelab. 

Lihat kepada Arsenal yang sebelum ini menawarkan kontrak lumayan buat Mesut Ozil, dengan Man United menyelamatkan beliau dari melakukan kesilapan berulang dengan membawa Alexis Sachez keluar dari kelab namun kelab itu tidak belajar dari kesilapan tawaran lumayan dengan memberikan pula kontrak lanjutan buat Pierre Emerick Aubameyang yang sukar mengulangi prestasi terbaiknya sejak beberapa tahun kebelakangan. 

Liverpool enggan terjebak dalam situasi yang sama, dan segala kuasa dalam rundingan kontrak baru diletakkan pada bahu Michael Edwards untuk menyelesaikannya. 

Jelas sekali beliau telah melihat potensi Wijnaldum yang mungkin tidak banyak memberikan sumbangan besar buat kelab dalam beberapa tahun kemudian selepas ini. 

Penilaian berimpak tinggi ini bukanlah sesuatu masalah buat Edwards yang pernah satu ketika melepaskan Phil Coutinho ke Barcelona di mana ketika itu berada di kemuncak prestasi beliau bersama kelab. 

Edwards juga merupakan figura yang berani mencabar dirinya menangani persoalan peminat apabila membawa pemain yang pernah flop di EPL iaitu Mo Salah ke Liverpool suatu ketika dahulu dan membuktikan sebaliknya. 

Tetapi kejayaan lalu bukanlah satu indikator adakah Liverpool melakukan keputusan yang tepat buat Wijnaldum tetapi pemergian pemain itu dari kelab juga membuktikan sesuatu keputusan itu harus dilakukan dengan tepat demi kejayaan kelab. 

ADMIN

Rasanya Gini Wijnaldum tidak akan menyambung kontraknya di Liverpool. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

  1. Awal2 hrtu patutnya,ramai peminat perasan dah..dh tercicir apa yg dikejar baru nk buat keputusan,klu cepat dan binak dlm buat keputusan,liverpool blh bersaing dgn kelab2 top lain,bab ini yg liverpool agak kureng sikit,bab lain tip top

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan