Skip to main content

Peter Crouch Mendedahkan Situasi Sadio Mane Menghadapi Saat Sukar Dalam Kariernya

Penyerang antarabangsa Senegal itu hanya menjaringkan 1 gol dari 7 perlawanan dan terlepas banyak peluang ketika aksi menentang Newcastle. 


Dan Peter Crouch mendedahkan satu situasi di mana Sadio Mane kini menghadapi situasi yang sukar dalam karier bolasepaknya.

Di samping bergelut dengan prestasi, beliau juga dipersalahkan oleh sebahagian peminat kerana gagal membantu Liverpool menambah gol hinggalah gol penyamaan oleh Joe Willock di masa kecederaan.

Crouch berpendapat Sadio Mane kini menghadapi krisis keyakinan, dan menulis menerusi kolumnya di Daily Mail beliau mendedahkan satu situasi di mana ianya amat mengecewakan Crouch pada ketika itu. 

"Saya menonton perlawanan itu pada Sabtu lepas. Saya melihat adanya satu situasi di mana Mo Salah melorongkan bola untuk Sadio Mane menyudahkan ke gol" 

"Sadio Mane musim lepas tidak akan berfikir dua kali untuk melepaskan rembatan. Dan bila saya melihat beliau cuba mengelecek, dari situ saya melihat masalah beliau".

"Beliau hilang keyakinan dan itu juga berlaku kepada Roberto Firmino. Saya melihat Firmino bermain dengan baik menerusi hantaran hantaran dan berada dalam posisi yang tepat. Namun bila tiba masa beliau untuk melakukan percubaan, bola itu hanya bergolek ke arah penjaga gol".

Crouch tidak bersetuju dengan khabar angin bahawa Mane dan Firmino akan dijual pada musim panas ini namun percaya kedua dua pemain itu harus membuktikan sesuatu kepada kelab menjelang latihan pramusim hadapan. 

Tambah beliau :

"Ianya penting untuk memberikan penghormatan kepada dua pemain ini dan saya tidak setuju jika kedua dua pemain ini dijual".

"Saya membaca komen komen peminat di halaman saya dan sangat mengecewakan bila ada sesetengah peminat mahu mereka dijual dan melupakan apa yang mereka lakukan sebelum ini".

"Saya boleh memaafkan mereka kerana musim ini sangat aneh buat Liverpool FC. Liverpool mahu mengakhiri musim ini secepat mungkin, pemain mereka perlukan rehat dan kita akan lihat semula" 

"Pada masa yang sama, kita akan lihat hasilnya pada Ogos hadapan".

ADMIN

Hanya penyerang mengenali kesukaran penyerang lain. YNWA Peter Crouch.

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football