Skip to main content

Format Terbaru Champion League 2024.

 


Kecoh di media sosial dan berita dengan projek European Super League. Tanpa kita sedar, UEFA telah mengeluarkan format terbaru untuk UEFA Champion League 2024. 

UEFA telah menaikkan jumlah penyertaan kepada 36 pasukan bermula pada 2024. Peringkat kumpulan akan digantikan dengan format liga dan pasukan akan bermain hanya 10 perlawanan, 5 di tempat sendiri dan 5 perlawanan lagi di tempat lawan. 

8 pasukan teratas akan layak ke peringkat 16 pasukan terakhir secara automatik dan baki 8 pasukan akan ditentukan secara playoff. Pasukan di kedudukan 9 hingga 24 akan menentang menggunakan sistem 2 leg, tempat sendiri dan di tempat lawan. 

Perubahan format yang sama juga akan diguna pakai di Europa League, dimana 8 perlawanan untuk setiap pasukan. UEFA Europa Conference League adalah liga yang paling bawah dalam pertandingan Eropah. Masih dalam perbincangan adakah dua liga ini akan diperluaskan sehingga 36 pasukan. 

4 pasukan tambahan akan dikira begini, 2 pasukan akan layak melihat kepada prestasi musim lepas, kelab yang mempunyai mata merit tertinggi yang tidak layak ke UCL tapi layak ke Europa League. 

Ianya memberi keselamatan tambahan kepada pemilik kelab yang jauh daripada layak ke UCL contohnya Arsenal. 

Idea ini tidaklah begitu bagus sedangkan sistem sekarang lebih baik dan tak bias kepada pemilik-pemilik kelab besar. Ianya serupa seperti ESL cuma yang berbeza ia mengikut mata merit (coefficient point) dan ESL menggunakan sistem 15 pasukan layak selama 20 tahun. 


Pandangan anda?


Admin 

Tiada beza format liga antara UCL dan ESL cumanya ia dijalankan oleh organisasi UEFA dan ESL dijalankan oleh 15 kelab asas yang mencipta kejohanan ESL. 

Jika menurut UEFA, ianya bersifat nampak lebih telus kerana menggunakan merit mata (coefficient point). 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football