Skip to main content

Roman Weidenfeller : "Langkah Seterusnya Buat Jurgen Klopp Adalah Bayern Munich"

Pengurus Liverpool ini dikaitkan dengan kelab Germany itu di masa lampau.


Dan beliau telah disarankan untuk mengambil alih tampuk jurulatih Bayern Munich di masa hadapan oleh bekas pemain beliau sendiri.

Jurgen Klopp masih mempunyai baki kontrak selama 5 tahun setengah lagi setelah mengambil alih tugas pengurus dari Brendan Rodgers pada 2015.

Bersama Liverpool, beliau telah membawa kelab itu ke final UCL sebanyak 2 kali dengan satu kejuaraan, juara EPL, juara UEFA Super Cup dan kejuaraan Piala Kelab Dunia buat pertama kali dalam sejarah kelab.

Namun terdapat khabar angin bahawa Klopp akan mengambilalih tampuk pengurus Bayern Munich pula pada masa akan datang dengan Hansi Flick telah mengumumkan pemergiaan beliau dari Bayern Munich pada hujung musim ini. 

Sebelum beliau ke Dortmund, Bayern telah cuba untuk mendapatkan khidmat beliau sebelum itu.

Dan salah seorang bekas pemain beliau, Roman Weidenfeller percaya langkah seterusnya buat Klopp adalah di Bayern Munich.

Menurut Weidenfeller menerusi Sport 1 :

"Jika situasi masih lagi bergolak seperti sekarang, saya tidak tahu samada beliau akan menolak tawaran kedua Bayern selepas ini".

"Jurgen sebelum ini telah berbincang dengan Bayern sebelum ke Dortmund".

"Ianya langkah seterusnya buat Klopp, jika beliau masih berminat untuk berada di padang latihan lagi".

ADMIN

Buat masa sekarang Bayern sedang berbincang untuk mendapatkan Julian Nagelsmann dari Leipzig. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan