Skip to main content

SAF : Perkembangan Andy Robertson Mengagumkan

Kapten Scotland itu menjadi antara pemain pertahanan kiri terbaik di dunia buat masa sekarang.


Dan Sir Alex Ferguson percaya Andy Robertson telah meningkat naik prestasinya sejak 2 musim lepas.

Robbo ketika ini telah menjadi salah satu tonggak buat Klopp di Liverpool sejak menyertai dari Hull City dengan nilai £8 juta. 

Sejak ketibaan beliau di kelab, beliau telah membantu Liverpool menjulang kejuaraan UCL dan EPL sekaligus menjadi antara pemain pertahanan kiri terbaik di dunia. 

Dan beliau bakal mewakili negaranya dalam kejohanan Eropah yang bakal berlangsung pada musim panas hadapan. 

Scotland dalam Euro telah diundi dalam kumpulan yang sukar bersama sama Croatia, Czech Republic dan England. 

Dan Ferguson percaya kehadiran pemain utama Scotland seperti Keiran Tierney, Andy Robertson dan Scott McTominay membolehkan pasukan Scotland melangkah lebih jauh dalam kejohanan tersebut.

Menurut Ferguson : 

"Mereka bermain dengan baik. Persembahan mereka berada di tahap terbaik. Saya amat kagum".

"Saya melihat pemain tengah mereka dan mereka terdiri dari pemain yang bagus. Selain daripada pemain yang beraksi di England".

"Keiran Tierney amat baik bersama Arsenal, dan persembahan Andy Robertson sejak 2 musim lepas amat mengagumkan".

"Saya amat optimis. Apa yang penting adalah perlawanan di halaman sendiri. Saya tahu kami bakal mendapat sokongan hanya sekitar 12,000 penonton tetapi suara 12k peminat di Hampden menyamai 50,000 di Wembley. Kami boleh mencipta suasana hangat di sana".

ADMIN

Scotland adalah pasukan yang boleh memberikan kejutan. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football