Pengerusi kelab, Daniel Levy mengambil tindakan drastik tersebut berikutan persembahan buruk pasukan sejak akhir akhir ini.
Dan pengurus kelab dari Portugal itu dipecat dari jawatannya di Spurs, kurang seminggu sebelum perlawanan akhir Man City - Spurs dalam Carabao Cup Final.
Difahamkan jurulatih skuad utama, Ryan Mason dan Chris Powell akan menggalas tugas pengurus sementara kelab hingga akhir musim ini.
Keputusan seri 2 - 2 ke atas Everton pada awal pagi lepas meletakkan mereka berada di kedudukan ketujuh liga, 5 mata dari kedudukan UCL ( Kalau buat u - turn ) dan Levy berpendapat sudah tiba masanya beliau melakukan keputusan drastik tersebut.
Mourinho sebelum ini telah kehilangan lebih banyak mata dari situasi untuk mencatatkan kemenangan, dengan hubungan beliau terhadap beberapa pemain tidak begitu baik.
Beliau telah dilantik untuk menggantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus pada November 2019, dan berjaya membawa Spurs ke kedudukan keenam pada musim lepas.
Spurs akan bermain kembali dalam perlawanan liga pada awal pagi Khamis ini menentang Southampton.
Difahamkan Mourinho telah dimaklumkan mengenai pemecatannya pada awal pagi ini. Keputusan seri menentang Everton bermakna Spurs hanya mencatatkan satu kemenangan dari 5 perlawanan terakhir dan telah disingkirkan dari Europa League musim ini.
Spurs akan menentang Man City dalam aksi Final Carabao Cup 2020 2021 Ahad hadapan, dan berpeluang untuk merangkul trofi yang kali terakhir dimenangi pada 2008.
ADMIN
Good luck Mou.
Sumber : The Telegraph
Comments
Post a Comment