Skip to main content

Dimitar Berbatov : "Harry Kane Akan Menyertai Kelab EPL Lain Kecuali Liverpool FC"

Spekulasi perpindahan pemain antarabangsa England itu bertiup kencang dengan Spurs dijangka sukar untuk ke UCL musim hadapan.


Dan beliau percaya Harry Kane akan menyertai kelab EPL lain musim hadapan kecuali Liverpool.

Spurs kini berada di bawah West Ham United dengan perbezaan 5 mata, dengan hanya berbaki 6 perlawanan EPL dan ianya menimbulkan persoalan samada Kane akan kekal di kelab atau tidak. 

Berbatov juga percaya Kane tidak akan menyertai Liverpool musim hadapan berikutan terdapat ramai pesaing di kalangan barisan serangan Liverpool ketika ini. 

Menurut Berbatov menerusi Betfair :

"Jika beliau berhijrah, bermakna beliau mahu menjulang kejuaraan".

"Peminat mengaitkan beliau ke Man United namun kelab itu tidak menjulang kejuaraan liga selama 8 tahun berterusan. Beliau harus ke kelab yang sering menjulang trofi sepanjang musim".

"Beliau menukar kelab dan kelab itu juga tidak menjuarai apa apa gelaran. Dan beliau akan tertanya lagi, mengapa saya keluar dari kelab jika situasi karier tidak berubah?"

"Saya berpendapat beliau akan kekal di England. Man City mempunyai ramai pilihan selain Gabriel Jesus. Di United mungkin sesuai kerana kelab itu memerlukan penyerang senior pada peringkat umur itu. Cavani sudah tidak berada di zaman kemuncaknya".

"Liverpool mempunyai ramai bakat di posisinya dan Arsenal mungkin bukan pilihan".

"Beliau dikaitkan dengan Chelsea tetapi kelab tidak akan menjual pemain terbaik ke kelab pesaing. Terlalu banyak persoalan dan beliau harus memilih untuk membuat keputusan mengenai masa depannya".

"Perkara terbaik buat Kane adalah kekal di Spurs, beliau bakal menjadi lagenda kelab dan akan memecahkan setiap rekod di kelab itu. Keputusan beliau selepas ini adalah yang paling sukar".

ADMIN

Nyata sekali bukan Liverpool FC. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football