Skip to main content

Liverpool Sia-Siakan 3 Mata Di Anfield

 


Liverpool sekali lagi di kecewakan pada minit-minit akhir perlawanan. Dua perlawanan dan hanya mendapatkan dua mata bukanlah satu perkara yang bagus apatahlagi perlawanan tinggal 5 sahaja lagi. 

Salah menjaringkan gol awal pada minit ke-3 perlawanan gagal memberikan kemenangan kepada Liverpool untuk mengejar top four. 

Beberapa peluang terbaik untuk menggandakan jaringan melalui Mane, Salah Jota dan Formino namun kecekapan Dubravka dan finishing yang teruk daripada pemain serangan Liverpool menyukarkan Liverpool yang belum dalam keadaan selesa. 

Separuh masa kedua, Newcastle mengubah corak permainan. Ancaman daripada Allan Maximin terutamanya memporak-perandakan pertahanan Liverpool. 

Namun, sebelum minit 90 Callum Wilson berjaya menjaringkan gol namun dibatalkan kerana bola mengenai tangan beliau. 

Pada minit tambahan, Newcastle berjaya menyamakan kedudukan melalui Willock yang berjaya melepasi Kabak, merembat bola namun terkena kaki Fabinho dan gagal diselamatkan oleh Allison yang merebahkan badan di sebelah kanan gawang.

Banyak peningkatan yang perlu dilakukan Klopp dan anak buah untuk merebut kembali top four. Adakah Ibrahima Konate satu pemain yang boleh selesaikan ketiadaan Van Dijk dan Gomez nanti? 


ADMIN

Klopp mesti lakukan sesuatu untuk menyelamatkan musim ini. Terlalu banyak mata yang tercicir di Anfield. 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football